Tuesday 19 April 2011

Tercabar @ semangat,.. bila aku membacanya...

Jika kekawan membaca Utusan Malaysia hari ini, aku tertarik dengan seorang Ibu kepada lima orang anak, antara peserta yang membuat Jelajah kayuhan Cinta Negara 2011 yang berjaya menamatkan perjalan sejauh lebih 100 KM.Ia berlaku di Sg.Petani Kedah, walaupun beliau berasal dari Shah Alam, Selangor.

Cite ni, menyentuh perasaan aku... paling jauh aku berkayuh pun sejauh 55KM, kalau tak silap, bila aku membuat kayuhan di Tanah Tinggi Cameron. Itu pun dah terasa macam nak tercabut nyawa. Aku ucapa syabas kepada Puan Siti Turiah kerana berjaya.


Berbasikal ini banyak faedahnya, selain dari menjaga kesihatan ia juga mampu menghilangkan tekanan serta kerusingan.... apa taknya.. sewaktu berkayuh, kehijauan serta keindahan alam semulajadi sudah cukup menenangkan. Jika saudara/saudari mampu berkayuh,... kayuhlah... setelah anda melakukanya, pasti anda akan tahu nikmatnya.

Kita berkayuh ni...bukan nak basikal yang canggih sangat..., zaman ini anda mampu beli jika harga basikal yang agak sesuai pun sekitar RM500.00...itu pun sudah cukup untuk anda melakukan kayuhan pertama..., bila rasa dah selesa...terpulang kepada anda nak beli yang lebih baik...

Bagi aku dalam bab kesihatan ni..."Biar kita cegah dulu...dari kita mengubati,,", sekarang ni banyak kemudahan disediakan... beli basikal sudah tentu "INCOME TAX" kita dapat pelepasan... tak banyak, sikit pun jadilah.....syoknyee...

"AKU MAMPU MEMBERI PANDANGAN, ANDA YANG BERHAK MENENTUKANYA"

2 comments:

Le Tua d BTP said...

Nite ride LTM nanti - amacam, jadi?

setandan said...

kami OK je...tuan