Saturday 9 April 2011

Hargailah Habitat Burung ....

Habitat Burung Hijrah


Pengemar Burung dari UK


Sedang membuat tinjauan

Keindahan alam semula jadi

Mereka sedang membuat tinjauan

Pandangan Jalan Masuk BTP

Suatu ketika dahulu, jika kita melalui jalan masuk utama BTP, kita akan dapat lihat di waktu petang sekawan burung hijrah berterbangan menghiasi langit di laluan masuk BTP. Aku mohon maaf kerana gambar ini tak berapa jelas, maklumlah menggunakan kamera HP.... HP tak cangih..

Kini habitat burung ini dah menjadi kurang, bila sikap manusia yang terlalu rakus menerokai kawasan yang menjadi tempat penghijrahan burung ini. Aku masih ingat lagi bila mana pihak Majlis Perbandaran Selayang membina menara tinjau bagi kemudahan sesiapa saja dalam usaha melihat keindahan suasana ini.

Persoalannya, mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ini, mengapa terlalu mudah kelulusan yang diberikan oleh mereka, jika benar, sehingga menyebabkan habitat burung ini terjejas. Adakah pihak berkuasa tidak peka dalam masalah ini.

Dulu sepanjang jalan masuk ke BTP dipenuh oleh hutang semulajadi yang menempatkan habitat burung hijrah, ia menjadi tempat rujukkan pengemar burung dari dalam dan luar negara. Kini jika dilihat tanah-tanah ini telah diterokai oleh mereka yang rakus demi kepentingan diri. Akhirnya tempat habitat burung ini terganggu. Pernah berlaku tiada lagi burung2 ini singgah di kawasan yang dulu menjadi tempatnya.

Kini burung hijrah sudah kembali menjadikan kawasan yang hanya tinggal sedikit dan ianya tidak diganggu oleh manusia sebagai tempatnya kembali. Tolonglah ..rayuan kami yang cintakan keindahan alam, meminta pihak berkuasa memantau agar tidak berlaku lagi pencerobohan yang akhirnya menyebabkan burung-burung ini lari ke tempat lain.

Kita juga berharap supaya kawasan ini dijadikan kawasan lindungan supaya habitat burung hijrah ini tidak terganggu. Ramai dikalangan pengemar burung-burung dari dalam dan luar negara datang. Ada di antara mereka membuat kajian berhubung penghijrahan burung-burung ini.

Aku akan paparkan gambar-gambar ...berhubung perkara ini lagi...

"HARGAILAH KEINDAHAN ALAM, MEREKA JUGA MAHLUK ALLAH SWT "

No comments: