Sunday 17 April 2011

16 April bukan 16 September - Sarawak oh Sarawak


PILIHANRAYA SARAWAK 2006:

BN    = 62
DAP  = 6  
PKR  = 1
PAS  = 0
SNAP = 1
BEBAS = 1


PILIHANRAYA SARAWAK 2011:

BN    = 55
DAP  = 12  (Bertambah hampir sekali ganda)
PKR  = 3
PAS  = 0
SNAP = 0
PCM = 0
BEBAS = 1

Aku bukan nak cite pasai politik, tapi bagi aku, sebagai rakyat Malaysia kita kena juga tahu sedikit sebanyak perkembangan politik ini demi masa depan... Nanti jangan sampai orang kata kita seperti katak bawah tempurung.

Syabas kepada parti yang menang... tunaikan janji yang dibuat kepada rakyat. BN sebagai parti yang menang perlu membuat kajian atau berfikir sejenak sejauh mana kemenangan majoriti 2/3, mampukah  BN memastikan PRU ke-13 dapat mempertahankan kerusi Parlimen di kawasan majoriti pengundi Cina. Ia berdasarkan kekalahan pada pilihanraya DUN kali ini yang rata-ratanya pengundi Cina berpihak kepada DAP dan memberi kemenangan sekali ganda kepada DAP. Apa semuanya ini, sudah pastinya DAP ketawa besar bila 15 kerusi dipertandingkan dan mereka menang 12 kerusi... ini sudah berbaloi.

Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN. BN perlu berhati-hati, jika tidak PRU ke-13 tidak mustahil 7 @ 8 kerusi Parlimen akan hilang..Kita harapkan kepimpinan baru yang akan dibentuk oleh KM Sarawak harus memikirkan sesuatu. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. aku percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.

Kaji juga segala aspek...
  1. Strategi berkempen
  2. Pemilihan Calon
  3. Tranformasi menyeluruh
  4. Strategi Manifesto
Apa2pun ini cuma pandangan aku jee..

"PANDANGAN TAK SEMESTINYA BETUL, TETAPI BOLEH DIFIKIR-FIKIRKAN"

No comments: