Thursday 14 April 2011

Al-Kisahnya hidup di Bandar

Kalau kekawan baca dalam Utusan Malaysia ruangan KOTA, aku tertarik dengan topik "7 buah motosikal naik lif di sita". Apa kata anda semua, adakah ia berbaloi atau sekadar rektorik semata-mata, Kalau ....

"Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk."

Perkara ini mungkin belaku kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pangsapuri2 tinggi yang mempunyai lif bagi mengangkut kenderaan seperti motorsikal.

Tindakan penghuni rumah berhubung perkara ini yang disiarkan UM, berlaku di dalam kawasan DBKL mengundang padah kepada penghuni jika ingin menyelesaikan masalah ini. “Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155,”

Tindakan ini perlu dilihat kepada 2 sudut, pertama kesan kepada tindakan itu sendiri, dan keduanya apakah faktor keselamatan telah dinilai oleh pihak berwajib apabila membangunkan pangsapuri seperti ini. Kita dapat lihat kebanyakan perkara ini berlaku di kediaman kos rendah dan sederhana. Bagi kediaman mewah perkara ini tidak berlaku kerana faktor keselamatan yang terjamin.

Apa2pun kita perlu fikir...?
  1. Bagaimana dengan Basikal ...
  2. Jika berlaku kehilangan Motorsikal setelah faktor keselamatan diambil kira, apakah peranan pihak berkuasa tempatan
  3. Sikap dan tanggungjawab penghuni
  4. Peranan Jawatankuasa Penduduk
Penghuni2 yang berkaitan masalah ini, kena terima hakikat.. perlu ubah sikap ....mencari satu pendekatan yang lebih selesa ...penghuni tak rugi ....mereka (pihak penguasa) senang dalam menjalankan tugas.

"BERAT SAMA DIJINJING DAN RINGAN SAMA DIPIKUL... TAK DA MASALAH YANG TAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BERBICANG"

No comments: