Inilah masalah yang terpaksa hampa dan aku hadapi, sama ada yang tinggal di Bandar T.Puteri (BTP), Bandar Country Homes, Taman Velox ...atau yang sekitar dengannya.. mana tidaknya ... asal ada je berlaku kemalangan, pening le kepala dibuatnya... sewaktu nak pi keje atau pulang...
kesesakkan teruk berlaku ..tension nyeeee, bayangkan kejadian yang aku paparkan ini berlaku di jambatan menghala balik ke BTP dari susur keluar Tol Rawang.., masa berlaku aku tak pasti tetapi sewaktu aku pulang dari keje ... hampir jam 5.40 petang, kemalangan ini telahpun berlaku.. Sebuah lori panjang terbalik, melintang di tengah jalan dan menyebabkan dari 3 lorong, hanya 1 lorong sahaja yang boleh dilalui... itu pun lorong menuju ke BTP...
Bayangkan mereka yang hendak keluar ke Rawang pasti sangkut... kerana tak boleh lalu...apatah lagi mereka yang hendak pulang ke rumah menghala ke BTP dah tentunya sesak... Kemalangan ini bukan saja sesak dari Tol Rawang malah menjejaskan mereka yang datang dari Pekan Rawang hinggalah ke lampu isyarat di Tol Rawang.
Bagi yang tak tahu,...jalan persekitaran Tol Rawang ke BTP... Pekan Rawang, sedang di naik taraf (dalam pembinaan).. mungkin mengambil masa sedikit... tiada kemalangan pun suasana ini menyebabkan kesesakkan juga...Kita yang menggunakan laluan ini setiap hari kena banyak-banyak sabar.. ini semua dugaan...sabor je lah..
Berbalik dengan cite kemalangan ini, aku pun tak tahu bagaimana kemalangan ini berlaku...tetapi tiada kemalangan jiwa dan kenderaan lain terlibat..mungkin jalan licin kerana hujan lebat turun ketika itu. Kalau tak salah, di tempat yang sama ini, pernah juga berlaku kemalangan yang sama..(lori terbalik)...jadi kita kena berhati-hati jika melalui jalan ini, lebih-lebih lagi ketika hujan.
2 buah Kren terpaksa digunakan bagi mengalihkan lori yang terbalik... alhamdulillah anggota Polis juga membantu lalulintas bagi memberi kelancaran perjalanan..., Syabas Bapa Polisi... Kemalangan yang berlaku ini tidak dapat kita duga...,
Ambillah sikap perihatin, maklumkan kepada kekawan yang akan pulang dari keja..supaya memilih laluan lain sebagai pilihan ..tanpa melalui jalan yang berlaku kemalangan dan akan menghadapi kesesakkan yang teruk. Tindakan yang sedikit, yang kita lakukan ini dapat mengelakkan suasana yang lebih teruk.
Kita doakan semoga jalan yang di naik taraf akan cepat siap dalam jangka masa yang singkat... dan bagi mereka yang hari2 lalu di laluan ini, jangan banyak tension..takut-takut yang tak ada darah tinggi ... dapat darah tinggi.. yang ada darah tinggi... hati2..takut2 jadi ???,kalau yang lemah jantung banyak2lah bersabor..ye...takut keras dalam kereta pulak.
OK lah...jumpa lagi..
"HATI-HATI, JANGAN SAMPAI TAK RETI... AKHIRNYA ...JAWAB SENDIRI.."
6 comments:
sehingga pukul 8 malam xde masalah nak keluar dr BTP ke tol rawang...tapiiiiiiii...dari hihgway sg.buloh sampai ke tol rawang utara sesak teruk.....teman asal dari perak,dtg ke BTP lawat kakak,kul 8 mlm nak balik ipoh,tapi g kl kejap...tgk dia punya sesak pai sg.buloh...tepaksa le nak balik ipoh ikut jalan lama...sampai tg.malim br nek highway...naya oooo(sia sesat lagi...hehehhe)
jawapan dr Jabatan kerjaraya..
" Salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa projek tersebut dibawah penyelenggaraan Unit Projek Khas, Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Untuk makluman tuan projek dijangka siap pada 14hb. Julai, 2012 (24 bulan).
Sumber dari :
DEVAKI A/P SUBRAMANIAM
Penolong Setiausaha (Aduan)
Bahagian Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tel : 03-55447172 /03-5544 7049 (Direct Line)
Faks : 03-5544 7299 / 5513 5569
Salam tuan.
Terima kasih di atas info pantas tuan yang telah menyelamatkan kami sekeluarga dpd tersiksa melekat di dalam jam.
Sempat pusing ke Guthrie - Kundang dan selamat sampai ke BTP sebelum Maghrib, biarpun pukul 645 baru bertolak dari ofis.
Nanti den belanja sarapan. ok!
T.U Devaki atas info u...
T.U Devaki atas info u...
T.U Devaki atas info u...
Post a Comment