fuh yooo
Gaya ada, kena belum tentu
Bowling oh bowling, lama dah tak main, sejak aku pindah ke BTP... dulu aku rajin juga main sesama kekawan offis, boleh kata tiap-tiap malam, mesti pi traning..... bila berhijrah kat tasik puteri aku dah kurang join... jauhhhh..
Gambar ni sewaktu aku bermain di Selayang Mall, ada games yang dianjurkan oleh PEMANIS Selayang.. syok juga ... aku lihat, bowling ni boleh dijadikan permainan bersama keluarga....ia boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.. dapat bersantai bersama-sama.
Sekarang ni, ramai di kalangan remaja memang suka bermain dengan benda alah ni..., ia dapat mengelakkan dari melihat remaja suka membuat aktiviti yang tak tentu arah... Nak kata kos permainan ini tinggi, tak juga..bersesuaian...
Kita perlu mengamalkan hidup sihat. Ruangkan masa bersantai bersama keluarga.... tak kiralah apa jua aktiviti kekeluargaan yang kita lakukan.
"INSTITUSI KEKELUARGAAN PERLU DIJAGA, JIKA KITA NAK LIHAT MASA DEPAN ANAK2 KITA TERUS TERBELA"
No comments:
Post a Comment