Laluan masuk ke LTM melalui Simen Mixer
Bukit pertama selepas Simen Mixer
(Ucop, Ketua Lanun)
Wajah Aboi tahun 2007
Mungkinkah baju oren itu Ucop
Akulah tuuu, di belakang Naza
Gambar2 ini diambil sekitar tahun 2007, kenangan melalui Simen Mixer menuju ke LTM, kini mungkin perkara ini tidak lagi berlaku.... Bila mana Lebuhraya Asam-Jawa ke Templer di bina. Pembinaan ini banyak mengubah suasana kegembilangan BBB satu ketika dulu.
Jika rakan2 BBB aku melihat gambar2 ini sudah pastinya tersenyum, kerana kenangan mengukir kembali sejarah yang pernah terpahat dalam kehidupan kayuhan berbasikal.
Aku tidak pasti, adakah aku boleh kembali melakukan saat-saat manis yang pernah aku lakukan satu ketika dulu.kini hanya tinggal kenangan.
Bagi aku LTM ( Ladang Tuan Mee ) sudah sinonim dengan kehidupan aku sebagai seorang pengayuh, banyak suka duka yang telah dilakarkan di dalamnya. Ia pernah dikunjungi oleh seluruh pengemar aktiviti Hash...sekitar KL dan Selangor.
Kini LTM sudah berwajah baru...jalan yang pernah ku ingat dan hafal sudah berubah... jika aku mampu ingat sekalipun ia hanyalah satu memori yang tidak dapat ku padam dalam kotak fikiranku..
"BIAR BICARA INI MENJADI MEMORI KEPADA MEREKA YANG PERNAH MENGUKIR SEJARAH DI DADA LTM, IA MENJADI KENANGAN BUAT GENERASI AKAN DATANG"
No comments:
Post a Comment