Sunday, 17 April 2011

BTP ke Jalan Bt.Arang - Kuala Selangor

Penat betul...Bro.Harris

Sesi Bergambar leee...

Bergambar je ..ceria..OK lah tu

Bergaya lagi tu..

Kenapa... tiang nak rebah ke...

Mana pembahagi jalan U mau bikin...

Tengah Jalan pun ....mau bergambar....

apa dah jadi ....Rosak le tu..

Sampai tercabut pengayuh...handal

Ketuk Bro...

Hari ini merupakan cabaran bagi aku,... balik je dari Offis bertugas malam ....standby Pilihanraya Negeri Sarawak...sampai rumah Jam 9.00 pagi...aku terus membuat kayuhan bersama Bro.Harris ke laluan yang tak diduga oleh Bro.Harris.

Balas dendam punya pasal, sebab semalam tak dapat kayuh...aku hayun kayuhan ku ke laluan Bt.Arang ke Kuala Selangor dari Bandar Tasik Puteri (BTP) sejauh 25 KM. Laluan yang redup di kelilingi ladang Kelapa Sawit, jalan yang seperti ular kena palu...berbukit terasa juga keletihannya.

Bro.Harris yang begitu tenaga selalunya, kali ni amat letih....aku pun hairan kenapa ye, .. semalam beliau kurang tidur dan makan. mungkin benar.... bila umur dah meningkat..Aku risau juga takut-takut beliau rebah tengah jalan ..walaubagaimanapun terima kasih Bro.... habis juga kayuhan kita buat kali ni.

Semasa kayuhan berbukit... tiba-tiba pengayuh aku tercabut...sudah, aku terpaksa menolak basikal .... termenung juga aku, bagaimana ni..., alhamdulillah nasib baik aku ada bawa allen keys, dalam beg.....dan batang kayu pokok sebagai pengetuk... akhir semuanya OK...

Kami meneruskan perjalanan hingga ke penamat..... apa lagi kedai kak Ina..lah...perkena Jelly kelapa dan teh  halia panas... segar badan kembali..Kali ini aku mengambil masa hampir 1 1/2 Jam...

Yang penting kita berjaya membuat kayuhan ini.....T.U semua..

"TIDAK ADA PERKARA YANG TAK DAPAT DISELESAIKAN, JIKA KITA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF"

2 comments:

Tukang Kayu said...

Amboi, primitif betul kayu belantan hang tu. Ni macam lebih kepada nak lepas geram je.. Betul ke?

Marshanda said...

Biasalah bang..umur dah tak berapa nak muda... Kadang-kadang dia manja-manja gitu.

Pengayuh tu jadi macam tu pasal ridernya POWER.

Anyway, good riding.