Berehat, yang minum tu Bro.Me dan sebelahnya Bro.Harris
Yang tu akulah..
Hari Ahad (10/4/2011) baru ni, selepas membuat kayuhan yang jauh di LTM... sebelumya. Aku membuat kayuhan santai ke menara di Batu Arang.
Kayuhan ini bertujuan memastikan aku sentiasa di dalam keadaan bersedia jika ingin membuat kayuhan yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya aku sentiasa berkayuh..demi kesihatan.
Tinggal di Bandar Tasik Puteri (BTP), memang menyeronokkan, apa tidaknya..suasana perumahan yang masih lagi di kelilingi dengan ladang kelapa sawit, udara nyaman...kawasan yang luas serta jauh dari gangguan kebisingan kenderaan. Ini menjadi faktor kepada sesetengah penduduk menjalankan aktiviti yang berguna dalam menjamin kesihatan yang baik.
Jika kita berkunjung ke BTP di hujung minggu, kita akan dapat lihat ada di antara mereka bersenaman di kawasan taman, berbasikal di sekitar BTP, ada yang berjogging... tak kurang juga yang bermain motor lasak di sekitar LTM ( Ladang Tuan Me ).
Aku harap suasana ini berkekalan.... walaupun rata-rata penduduk BTP ini berkerja di Shah Alam dan K.Lumpur... yang penuh kesesakan, di hujung minggu sekurang-kurangnya kita dapat relax...dengan menjadikan aktiviti berfaedah sebagai satu langkah yang bijak.
"BERFIKIR DENGAN BAIK DAN SEMPURNA DAPAT MENJADIKAN IA SEBAGAI AZIMAT KEHIDUPAN"
3 comments:
OK Bro... T.U
gaya je lebih ni.. hahaha
".. ada di antara mereka bersenaman di kawasan taman.. Mana ada "bersenaman" lah Bro...
Anyway, bagus tuan ada blog ini. Sekurang-kurangnya senanglah pegawai SB nak keep track aktiviti tuan
He-he-he...
Post a Comment