Monday, 11 April 2011

Kayuhan santai

Berehat, yang minum tu Bro.Me dan sebelahnya Bro.Harris

Yang tu akulah..

Hari Ahad (10/4/2011) baru ni, selepas membuat kayuhan yang jauh di LTM... sebelumya. Aku membuat kayuhan santai ke menara di Batu Arang.

Kayuhan ini bertujuan memastikan aku sentiasa di dalam keadaan bersedia jika ingin membuat kayuhan yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya aku sentiasa berkayuh..demi kesihatan.

Tinggal di Bandar Tasik Puteri (BTP), memang menyeronokkan, apa tidaknya..suasana perumahan yang masih lagi di kelilingi dengan ladang kelapa sawit, udara nyaman...kawasan yang luas serta jauh dari gangguan kebisingan kenderaan. Ini menjadi faktor kepada sesetengah penduduk menjalankan aktiviti yang berguna dalam menjamin kesihatan yang baik.

Jika kita berkunjung ke BTP di hujung minggu, kita akan dapat lihat ada di antara mereka bersenaman di kawasan taman, berbasikal di sekitar BTP, ada yang berjogging... tak kurang juga yang bermain motor lasak di sekitar LTM ( Ladang Tuan Me ).

Aku harap suasana ini berkekalan.... walaupun rata-rata penduduk BTP ini berkerja di Shah Alam dan K.Lumpur... yang penuh kesesakan, di hujung minggu sekurang-kurangnya kita dapat relax...dengan menjadikan aktiviti berfaedah sebagai satu langkah yang bijak.

"BERFIKIR DENGAN BAIK DAN SEMPURNA DAPAT MENJADIKAN IA SEBAGAI AZIMAT KEHIDUPAN"

Aku kembali ke LTM...

Jalan ke LTM dari Blok 6 ke Blok 4

LTM di Blok 4

Latar Highway dari BTP ke Templer

Plaza Tol masuk ke Templer

LTM dari Tasik Biru

Kekejangan Otot ..kesian dia..

Touke ladang dah buat parit besar...kami terpaksa
angkat basikal untuk ke seberang

Bro.Jeff memikirkan sesuatu..

Suasana di dalam LTM...

Rehat seketika...

Kali ini kami membuat kayuhan dari BTP ke Latar Highway ke Kundang ke Tasik Biru dan ke LTM ke BTP. Jarak perjalanan lebih kurang 35KM, memang menyeronokkan dan penuh cabaran. Seramai 11 orang menyertai kayuhan ini.

Kami memulakan kayuhan seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 T/hari.Cabaran yang terasa bila kami membuat kayuhan di Ladang Tuan Mee (LTM) sejauh hampir 11KM dan mengambil masa hampir 2 jam. Laluan yang berbukit dan terpaksa melalui 3 laluan yang berparit, di mana kami terpaksa mengangkat basikal. Keadaan ini banyak memerlukan kekuatan mental, jika tidak kita akan merasa tension.

Keadaan yang teramat letih juga mengundang kelewatan kami sampai ke BTP. Syabas kepada sahabat2 yang sentiasa membantu peserta kayuhan dalam apa jua masalah yang peserta hadapi. Lebih2 lagi kepada Ketua Lanun, Belacan, Ikan Bilis, Seorang Budak ( aku pun lupa namanya ), dan yang lain yang aku tak dapat nak tulis kat sini..

Aku harap kayuhan ini memberi satu inspirasi kepada semua peserta dan jangan kita mudah patah semangat. Aku juga harap Bro.Yazid dan Bro.Sham jangan jemu serta serik... jika diajak buat kayuhan.

Apa2pun syabas serta tahniah kepada semua yang membuat kayuhan ini...

"BERSEDIAKAN DIRI DENGAN SECUKUPNYA ...AGAR KITA SENTIASA DAPAT BERADA DALAM APA JUA KEADAAN"

Saturday, 9 April 2011

Hargailah Habitat Burung ....

Habitat Burung Hijrah


Pengemar Burung dari UK


Sedang membuat tinjauan

Keindahan alam semula jadi

Mereka sedang membuat tinjauan

Pandangan Jalan Masuk BTP

Suatu ketika dahulu, jika kita melalui jalan masuk utama BTP, kita akan dapat lihat di waktu petang sekawan burung hijrah berterbangan menghiasi langit di laluan masuk BTP. Aku mohon maaf kerana gambar ini tak berapa jelas, maklumlah menggunakan kamera HP.... HP tak cangih..

Kini habitat burung ini dah menjadi kurang, bila sikap manusia yang terlalu rakus menerokai kawasan yang menjadi tempat penghijrahan burung ini. Aku masih ingat lagi bila mana pihak Majlis Perbandaran Selayang membina menara tinjau bagi kemudahan sesiapa saja dalam usaha melihat keindahan suasana ini.

Persoalannya, mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ini, mengapa terlalu mudah kelulusan yang diberikan oleh mereka, jika benar, sehingga menyebabkan habitat burung ini terjejas. Adakah pihak berkuasa tidak peka dalam masalah ini.

Dulu sepanjang jalan masuk ke BTP dipenuh oleh hutang semulajadi yang menempatkan habitat burung hijrah, ia menjadi tempat rujukkan pengemar burung dari dalam dan luar negara. Kini jika dilihat tanah-tanah ini telah diterokai oleh mereka yang rakus demi kepentingan diri. Akhirnya tempat habitat burung ini terganggu. Pernah berlaku tiada lagi burung2 ini singgah di kawasan yang dulu menjadi tempatnya.

Kini burung hijrah sudah kembali menjadikan kawasan yang hanya tinggal sedikit dan ianya tidak diganggu oleh manusia sebagai tempatnya kembali. Tolonglah ..rayuan kami yang cintakan keindahan alam, meminta pihak berkuasa memantau agar tidak berlaku lagi pencerobohan yang akhirnya menyebabkan burung-burung ini lari ke tempat lain.

Kita juga berharap supaya kawasan ini dijadikan kawasan lindungan supaya habitat burung hijrah ini tidak terganggu. Ramai dikalangan pengemar burung-burung dari dalam dan luar negara datang. Ada di antara mereka membuat kajian berhubung penghijrahan burung-burung ini.

Aku akan paparkan gambar-gambar ...berhubung perkara ini lagi...

"HARGAILAH KEINDAHAN ALAM, MEREKA JUGA MAHLUK ALLAH SWT "

Friday, 8 April 2011

LOGO BBB.....


Ini lah logo BBB, setahu aku hanya orang2 lama yang dapat benda ni...ia juga tercatat nama pena yang digunakan di dalam forum BBB... ia amat berharga....mungkin keluaran terhad...

Tahniah kepada Bro.Aboi....usaha beliaulah ....semua ni.

"KENANGAN TAKAN HILANG JIKA .......LU FIKIRLAH SENDIRI"

Balingan Maut....ye kee...

fuh yooo

Gaya ada, kena belum tentu

Bowling oh bowling, lama dah tak main, sejak aku pindah ke BTP... dulu aku rajin juga main sesama kekawan offis, boleh kata tiap-tiap malam, mesti pi traning..... bila berhijrah kat tasik puteri aku dah kurang join... jauhhhh..

Gambar ni sewaktu aku bermain di Selayang Mall, ada games yang dianjurkan oleh PEMANIS Selayang.. syok juga ... aku lihat, bowling ni boleh dijadikan permainan bersama keluarga....ia boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.. dapat bersantai bersama-sama.

Sekarang ni, ramai di kalangan remaja memang suka bermain dengan benda alah ni..., ia dapat mengelakkan dari melihat remaja suka membuat aktiviti yang tak tentu arah... Nak kata kos permainan ini tinggi, tak juga..bersesuaian...

Kita perlu mengamalkan hidup sihat. Ruangkan masa bersantai bersama keluarga.... tak kiralah apa jua aktiviti kekeluargaan yang kita lakukan.

"INSTITUSI KEKELUARGAAN PERLU DIJAGA, JIKA KITA NAK LIHAT MASA DEPAN ANAK2 KITA TERUS TERBELA"

Apa makan tuuu...wah sedap nyeee

Jelingan manja

Hmmm.. hingga menjilat jari

Baik2 Bro.karang tertelan biji tu..

Inilah kekawan, sedap makan durian, aku kena ambil foto, tak aci betul.... aku nak beritahu hampa..di laluan BTP (Bandar T.Puteri) menghala ke Rawang berhampiran simpang masuk ke kilang rempah Babas.. kita boleh makan buah durian yang terkenal namanya....

D24, Mustang King, apa tu..kunyit...101, durian kg.., harga pun berpatutan boleh tawar lagi.. yang syok dia sedia meja dan air mineral percuma untuk makan kat situ... ni dah kira oklah... busuk dia bagi lain sebagai ganti.

Aku ni taklah minat sangat dengan benda ala ni, hanya sekadar nak rasa... ,maklumlah ahli persatuan diabetes... 2 biji pun dah tak larat untuk 3 orang.

"BOLEH MAKAN TAPI JANGAN BERLEBIH-LEBIH LAH NANTI ......HAMPA JAWABLAH"

Letih Ye! Bro Sham.....

Sabar Bro...kuatkan semangat

Huuu...penat ye..

Sakit pinggang....huhuh

Abang tolak basikal yeee...

Selamat sampai..

Semalam petang aku bersama Bro.Sham membuat kayuhan sebagai persiapan hujung minggu ni, cabaran kayuhan lebuhraya Asam Jawa - Templer. jalan yang aku bawa kali ni, ke jalan utama BTP dan patah balik... Kesian aku tengok Bro.Sham yang first time try membuat kayuhan di laluan ini.

Apa2 pun syabas kepada Bro.Sham kerana berjaya, walaupun terasa sedikit kepenatan. Dulu aku pun seperti Bro.Sham... bila dah selalu membuat kayuhan, OK lah sikit...

Satu permintaan ku, kita jangan cepat jemu, dikhuatiri tak nak kayuh lagi, biarlah kita membuat kayuhan di dalam keadaan rutin yang mampu kita lakukan. Supaya minat sentiasa berkekalan, jangan kita cepat mengalah...

Semoga aku dan sahabat2ku diberi kekuatan dalam kayuhan ini yang menjadi riadah kepada kami semua.

Semua yang berminat "JOM KAYUH JANGAN TAK KAYUH"

Wednesday, 6 April 2011

Kelebihan Mengambil Wudhu' atau Air Sembahyang




Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhu.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba ingat,di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125

Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan.

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang, yang istemewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam


"SENYUM ITU SANGAT BERHARGA, ILMU ITU PELITA HIDUP"

Ape Nak dikata... Hidup Ibarat Roda..

Isi apa tu Bro..

Minyak ke 100 Plus, nak powerlah tuuuu.. 

Ni kena tarik kete ke.... Bincang dgn Bro Along..

Senyum ke..atau buat2 senyum tuu

Sah kena poww tuuu..

Hari ni kawan Offis aku ... lupa nak isi minyak, nak jadi cite...kete..nya  tersengguk-sengguk kat bulatan masjid negara. apa dah jadi kete..nya pun matilah di situ... penik gila dia dibuatnya...mana tak jalan jadi sesak sebabnya. ( berapa banyak nya..lah).

Nasib baiklah bapak polisi..., tukang sapu tolong tolakkan keretanya ke tepi...., lalu aku dan Bro Haizeen jadi rescue kat dia, pi beli minyak 2 botol dan bergegas ke tempat kejadian. Setibanya aku di sana keadaan terkawal..., dia tak komalah tapi terkedu seketika...

Apa2pun kita sebagai kawan perlu membantu sesama kita bila berlaku perkara yang tidak diingini. Kita tidak tahu bila pula masalah akan menimpa kita.. Kita doakan supaya allah swt sentiasa memberi kesenangan dan ketenangan kepada kita dan dihindarkan dari apa jua masalah...AMIN..

" HARI NI SAYA TOLONG SAUDARA... ESOK2 SAUDARA TOLONG SAYA PULA..."

Monday, 4 April 2011

Mangga oh Mangga

Ini pokok mangga yang aku taman hampir 10 th
sejak aku berhijrah ke BTP

Lihat buahnya...Besar

Buah pertama musim ini

panjang hampir 10 inci

Saja dilihatkan ketinggiannya

beratnya hampir sekilo..

 
Manjanya buah mangga ini

Inilah berkat, apabila hasil buah-buahan yang kita tanam sentiasa disedekahkan kepada jiran2 serta orang yang teringin. Pokok mangga ini sudah hampir 10 tahun usianya. Benihnya aku beli di Sg.Buloh... aku tak tahu baka apa.. yang penting pada ketika itu ... beli tanam je di keliling rumah.

Keliling rumah aku terdapat 4 pokok mangga, 2 bakanya seperti di atas dan yang dua lagi jenis cokanan... ....tetapi pokok yang aku perlihatkan ini sentiasa saja berbuah... kadang2 jiran aku pun hairan juga...ada yang bertanya pakai baja apa ye... setahu aku, tak pernah baja pun aku bubuh kat pangkalnya.

Lihat saja buahnya, ramai yang tergoda, baru berbunga sudah ada suara2 yang buat booking , aku tak kisah yang penting buah pertamanya mesti tuan rumah punya, lepas tu nak booking, bookinglah...

Ia berbuah tak tentu masa, habis je musim buah, tak lama ia akan berbuah kembali... aku juga dengar nasihat kekawan, kita niat sedekah bila ada orang2 yang teringin..tak kiralah jiran2 atau orang yang tak pernah kita kenali...

Mungkin berkat itulah aku rasa ia sentiasa berbuah... bukan saja pokok mangga ini sebaliknya pokok jambu air, star fruit, ciko yang aku tanam juga serupa. Bila kita tanam je pokok ini..... niat sudah ada untuk sedekah.. inilah berkatnya.

"JANGANLAH KITA TIDAK BERSYUKUR APA YANG DIBERIKAN KEPADA KITA, SEBALIKNYA SEDIKIT YANG ADA KEPADA KITA, ADA SEDIKIT HAKNYA KE ATAS ORANG LAIN"