Monday 9 May 2011

Hai Orang-Orang Bandar Tasik Puteri, ada CITE Buat Kita...

Pandangan Latar Expressway Exit BTP

Laluan yang telah di bina...

Jalan Masuk dari Pekan Kundang ke BTP

Jalan Tanah Merah ke Desa Puteri dari laluan Kundang

Jalan yang diwartakan sebagai laluan utama ke Masjid
dari laluan Utama BTP

pandangan laluan ini..

Tiap2 yang hidup pasti akan merasai waktu kematian, begitu juga dengan kita, jangan gopoh atau tiada kesabaran dalam melakukan kerja2 kebajikan. jangan menuding jari menyalahkan orang, jika itu dan ini tak dapat. Kalau kita sangguh buat kerja amal jariah kepada masyarakat kita perlu sabar.

Satu ketika dulu, pada akhir tahun 1999, lagi banyak masalah penduduk BTP hadapi, tiada lampu jalan dari jalan masuk...yang amat merbahaya, Isu kandang Babi, Isu Surau,Isu Masjid,Isu Sekolah, Isu Gerai makan dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekarang ni rata-rata penduduk BTP dah dapat apa yang mereka perjuangkan... lebih-lebih lagi mereka yang datang atau berhijrah ke BTP sekarang sudah senang, kemudahan asas Ok hampir 80% ( erti kata, ada lah apa yang dikehendakan ).

Memang ada masalah, sedikit atau sebaliknya, pilihanraya dah disambut oleh penduduk BTP hampir 2 kali, pada tahun 2004 dan 2008... siapa yang perjuangkan yang mendapatkan Pusat Daerah Mengundi di BTP... sehingga kini BTP mempunyai pengundi mencecah hampir 2000 Orang.

Kekuatan pengundi sedikit sebanyak boleh mengertakkan sesiapa saja yang menjadi wakil rakyat. Jika dilihat, senario politik berbeza, di mana wakil rakyat di menangi oleh wakil kerajaan pusat di DUN Kuang dan manakala kerajaan Negeri di tadbir oleh pembangkang. Sudah pastinya akan menjejaskan sedikit sebanyak apa jua permintaan yang dipohon oleh kita penduduk BTP. Ada kalanya permintaan itu mungkin melibatkan 2 peringkat samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Kita sebagai penduduk perlu faham serta terima hakikat, buangkan fahaman politik kita dalam memperjuangkan hak masyarakat BTP. Malah sepatutnya kita gunakan kuasa yang ada samada di pihak pembangkang atau pemerintah, membantu dalam mendapatkan hak-hak kita sebagai penduduk di BTP.

Di BTP siapa kata tiada wakil dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, jawapan nye ada... tetapi kenapa mereka2 ini tidak dipergunakan dalam hal ini. Kalau melibatkan urusan di pihak kerajaan negeri, gunakan mereka ni....atau sebaliknya di pihak kerajaan Pusat.Siapa orang baru yang kenal dengan orang lama yang tinggal di BTP... ada di antara mereka sudahpun menjadi arwah kerana jasa mereka ini.... kita boleh dikatakan selesa tinggal di BTP.

Hari ini, ada sesetengah pihak menyuarakan berbagai masalah, alhamdulillah...siapa yang tak nak agar masalah yang diperjuangkan diberi perhatian. Hentam orang sini...hentam orang sana...  kita tidak pernah terfikir pun perasaan pihak yang kita hentam..masing2 nak jadi jaguh dalam memperjuangkan hak. kalau kita rasa pihak itu tak betul dan pihak sini tak betul...habis tu siapa yang betul.

Salahkah kita kumpulkan mereka ini, tak kiralah dari parti pemerintah atau pembangkang (UMNO,PAS, PKR) serta kepimpinan NGO (Penduduk)... dalam memperjuangkan hak kita.. Dulu saya masih ingat lagi diadakan pertemuan dalam membincangkan isu-isu BTP di kelab Golf ... malangnye...ada di antara pemimpin di peringkat penduduk pun tak dipanggil serta wakil parti memerintah pun tak di panggil. Kena ingat DUN Kuang di menangi oleh parti pemerintah... sudah tentunya wakil2 pemerintah ini boleh dijadikan sebagai jambatan bagi menghubungkan isu2 rakyat di BTP.

Kebanyakan kita gemar mencari musuh... akhirnya rugi bangsa sendiri... sudah tiba masanye kita bersatu dalam memperjuangkan hak kita ... tanpa mengira fahaman politik. Janganlah mengguna pendekatan suka mengertak, kalau tak bagi... pilihanraya nanti ...., cara ini jika dilihat tidak bersifat kepada kekeluargaan...gunakanlah cara berhemah serta berbincang. Jangan terlalu menekan.... Kita pun tidak suka jika penekanan digunakan.. "Kita sendiri pun tidak boleh memberikan kesamarataan dalam mendidik anak, apa lagi orang luar". Kita terima hakikat sebagai wakil rakyat sudah pastinye perlu menjaga rakyatnye... tetapi kita kena ingat...adakah kita saja yang perlu wakil rakyat jaga....orang lain juga di kawasannye perlu di jaga.

Mungkin ada jawab yang keluar dari mulut kita..kalau macam tu usah menjadi wakil rakyat.... persoalannye kalau kita di beri kedudukkan ini mampukah kita pula melaksanakannye... dan tanya diri kita apakah sumbangan kita kepadanye... jangan hanya tanya sumbangannya kepada kita.

Ada antaranye menghentam apa peranan UMNO BTP dan apa yang telah YB buat kat BTP, orang2 sebeginilah yang merosakkan bangsa... kasar bunyinye... ada mereka2 ini datang berjumpa kepimpinan UMNO..., sekadar cakap jauh je berani... Usaha sape sekolah SK2, gelanggang Futsal, Masjid, Surau2 termasuk bantuan kepada surau2 dan masjid... (sedangkan kita tahu mereka yang menjadi pengerusi @ Nazir semuanye menentang kerajaan Pusat) dan banyak lagii..ini mereka tak nampak. Malah kerajaan juga sudah meluluskan sek.menengah satu lagi, mungkin di bina di Blok 2 atau 3..

Orang yang cakap tentang Masjid...mereka sendiri pun tak pi masjid... , soal jalan bukan kita tak perihatin..malah AJK masjid yang ada sekarang pun tak pernah nak membawa isu2 masjid ke YB...., kitalah yang bercakap dalam perwakilan bahagian atau sebaliknya... takan ini pun nak diajar.. mari kita berkerjasama..

Cecita mana sumbangan yang telah dibawah oleh kepimpinan PAS @ PKR di BTP. apa yang mereka buat... Tuan2 boleh lihat... mereka ini hanya penting diri sendiri..buka tanah2 sepanjang jalan masuk BTP...sehingga tidak langsung memberi ruang kepada hidupan burung hijrah. Lihat dan tengok siapa punya tanah... tu... lantik JKP....sedangkan bukan penduduk tetap di sini, malah hanya menyewa sahaja. Kalau berlaku apa2...mereka ni cabut je...kita juga yang akan menanggungnya.

Apa2 pun terima kasih membacanye...

Untuk makluman, Isu-Isu di bawah ini, akan dipanjangkan ke pengetahuan PM yang akan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang kalau tak silap pada 25 Jun 2011 di Perangsang Templer Golf Club.
  1. Exit Keluar di BTP (KLKS)
  2. Jalan Kundang ke BTP ( Desa Puteri )
  3. Jalan Susur ke Masjid BTP
  4. Sek.Men.Kebangsaan 2 ..mungkin di bina di Blok 2&3
  5. Exit masuk dari Sg.Serai
  6. Exit Keluar dekat Kundang ( Mardi)
Kita sama-sama doakan dan lakukan sembahyang hajat semoga perkara ini menjadi kenyataan...

"KITA HANYA MERANCANG, PERANCANGAN ALLAH SWT, ADALAH SEBAIK-BAIKNYA"

3 comments:

Abdullah said...

Saudara empunya blog,

Assalamualaikum.

Allah berfirman: "Aku jadikan manusia itu berpuak-puak dan keturunan supaya mereka itu saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara mereka serta bertakwa kepada-Ku".

Firman Allah Ta'ala dalam surat Al-Syura:23: "Katakanlah (Muhammad) untuk itu Aku tiada meminta upah (bayaran) kepada kamu, (yang Kuminta) hanya kasih sayang terhadap keluarga terdekat".

Firman Allah Ta'ala dalam surat Al-Ahzab:33: "Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kekotoran dari kamu, wahai Ahlul Bait dan hendak mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya".

Fitrah kejadian adalah sama, dikurniakan akal fikiran yang serupa. Cuma yang membezakan adalah sejauh mana penguasaan seseorang hamba itu menggunakan anugerah dan rahmat yang dikurniakan kepadanya. Akal akan mengajar kita untuk menilai sesuatu itu mengikut sejauh mana keterbukaan dan keikhlasan diri kita menetapkan buruk baik atau tinggi rendahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh saudara-saudaranya.

Akal, setelah menerima isyarat daripada pemahaman kita tentang kejadian disekeliling kita, pula akan menafsirkan untuk bersyukur tentang fitrahnya kejadian itu ataupun sebaliknya.

Firman Allah SWT :
“ Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: Bersyukurlah kepada Allah. Barangsiapa bersyukur (kepada Allah), sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” ( Luqman : 12)

Syukur boleh diertikan sebagai mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada di tangan kita, sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu. Syukur juga boleh diertikan seperti berikut:

• Merasa gembira atas sesuatu pemberian/kebaikan orang lain yang kita terima.
• Menyatakan kegembiraan itu dengan ucapan dan perbuatan.
• Memelihara pemberian/kebaikan itu dengan sebaik-baiknya dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh si pemberi kebaikan itu.
• Membalas pemberian / kebaikan itu. Membalas pemberian Allah ialah dengan mempergunakan kurnia Allah itu menurut yang diredhai oleh Allah, sedangkan membalas pemberian manusia ialah dengan membalas pemberian itu dengan pemberian pula, sekurang-kurangnya dengan doa.

Dari itu, gunakanlah akal kita mengikut jalan yang diredhai Allah dan rasulnya. Sekiranya perkara yang ditimbulkan oleh tuan ini dapat ditangani dengan aman dan maufakat, insyallah tiada yang mustahilnya.

Wallahuaklam.

Anonymous said...

Tidak ditujukan kepada sesiapa, baik yang masih hidup ataupun yang sudah kembali ke Rahmatullah. Sekadar ingat mengingati.......

Mengumpat bererti menikam peribadi seseorang dengan memburukkan dan melukai hati. Ia termasuklah menyebut sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahan orang yang dikata apabila dia mendengarnya, sama ada yang disebut perkara-perkara berkaitan dengan kekurangan anggota badan, perkataannya, keturunannya, bentuk kejadiannya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, perkara dunianya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Ghibah (mengumpat ) itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya.”

Mengumpat sama seperti seseorang yang melanggar perintah atau larangan Allah SWT yang membawa kepada dosa dan akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah SWT. Di dalam Al-Qu’ran Allah SWT telah menaskan celaan kepada orang yang suka mengumpat dan menyamakan orang tersebut dengan orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati.

Firman Allah SWT :
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” ( Al-Hujurat : 12 )

Firman Allah SWT:
“Celakalah untuk setiap pengumpat, pendusta.” ( Al-Humazah : 1 )

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya juga adalah salah seorang penduduk asal BTP dimana segala kemudahan infrastruktur boleh dikatakan TIADA langsung. Alhamdulillah dengan kesepakatan penduduk asal, maka wujud lah persatuan penduduk yang telah berusaha mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif sesuai dengan keadaan kehidupan hari ini. Biar pun tidak ada pejabat pejabat, bank, atau pasaraya pasaraya besar, suasana penduduk BTP begitu harmoni. sehinggakan saya yang berada di blok berlainan boleh mengenali, jika tidak semua, jiran jiran di blok berlainan. ITU CERITA SUATU MASA DAHULU.

Dalam kesepakatan yang diharapkan berterusan, kini telah wujud kelompok penduduk yang hanya berada didalam lingkungan kehidupan peribadi nya sahaja.Mereka ini lebih kepada TAK MAHU AMBIL TAHU HAL SEKELILING. Akan tetapi sekiranya berlaku sesuatu perkara membabitkan diri atau keluarga mereka, barulah menunjukkan muka di masjid atau surau-surau, mahu pun ke rumah ketua parti parti politik atau blok.

Cuba kita bayang kan andai jurunikah yang dilantik secara sukarela pun boleh letak jawatan angkara manusia yang hanya hadir masjid waktu nak bernikah saja. Adakah golongan golongan ini sedar bahawa kemudahan bernikah dengan jurunikah yang di sediakan di BTP sendiri tanpa memanggil jurunikah dari kawasan lain,akan mempercepatkan proses pernikahan ini?

Sedar lah wahai penduduk BTP sekelian, samada yang tetap atau yang menyewa, bahawa kami penduduk asal bukan mahu mendabik dada atas usaha yang telah, sedang dan akan diusahakan, tetapi bersyukurlah dan marilah kita bersama sama mengembling tenaga dan daya pemikiran dalam memastikan kawasan kejiranan kita sentiasa terhindar dari segala bentuk ancaman negatif, samada dari unsur unsur luaran atau dari dalaman.

BTP ini bukan Ahmad Albab yang punya, kita yang punya.


Sekadar renungan:-

'A glimpse of yesterday will make a better today,
A glimpse of today will make a better tomorrow,
A glimpse of tomorrow will change the entire future.'

Wassalam....