Hari ini 22hb Jun 2011, genap setahun ikan kaloi aku pergi buat selamanya. usianya diakhir hayat mencecah 13 tahun. Kini hanya kenangan yang dapat ku lihat.
Menjadi kebiasaan ku, setiap bulan, kolam ikan akan dibersihkan... seperti biasa aku akan menempatkan semua ikan-ikan di suatu tempat lain. Setelah kerja2 pembersihan dilakukan, aku akan masukkan kembali ikan2 di dalam kolam.
Malang bagiku kali ini, si kaloi yang aku sayangi tidak bernyawa lagi di kolam. Teriak anakku ..abah, abah ikan kaloi dah mati ke... aku berlari ke luar rumah dan menghampiri kolam.. tiada apa yang dapat ku katakan, ini semua takdir ilahi.
Walaupun ia seekor ikan... sudah pastinya banyak kenangan tak dapat ku lupakan.. aku belanya dari sebesar 2 jari saiznya hinggalah sebesar yang sdra/sdri dapat lihatnya. Ikan ini dibeli di pasar pudu pada tahun 1997. Kata orang jika ia binatang sekalipun, bila diajar, tahu ia mengenang budi tuannya.
Setiap kali memberi makanan kepadanya di tepi kolam... aku hulur tangan di permukaan air... pasti ia akan muncul dan mengambil makanan dari tanganku.. Bila saja nampak kelibat aku di tepi kolam, sudah pasti ia akan keluar dari bawah batu, menghampiri ku... seakan-akan meminta aku memberikan makanan untuknya.
Hari ini, bila aku melihat gambarnya... aku terkenang... kini kematiannya telah menyebabkan aku tidak lagi mahu membela ikan.. kolam pun telah aku pecahkan dan tempatnya kini menjadi garaj kereta ku..
"Maafkan aku wahai ikan kaloi"
2 comments:
aku dah tahu punca ikan ni mati.. kesian woo.. kalau aku mau menangis ni.. dah 13 tahun tu
besoooo siol.
Post a Comment