Monday, 2 May 2011

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat..

Menadah tangan memohon doa dan restu ilahi

Berjemaah Solat isyak

Semasa bacaan Yasin

Hai jeling nampak Bro.yang ditengah tuuuu

Birthday sape tu...

Ni anak aku yang nombor 2

sape mahu rasa air tembikai ni....sedap

"Selamat ulang tahun kepada mereka yang menyambutnya di bulan April ..", baru2 ni, aku bersama jiran menganjurkan hari ulang tahun kepada mereka, yang lahir di bulan April. Di dalam program ini juga kami adakan bacaam Yasin dan doa selamat kepada mereka yang telah kembali kerahmatullah... serta doa kesyukuran bagi anak2 yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dan PMR tahun ni, terutamanya anak ku yang sulong Syed Abu Bakar ( abah doakan semoga berjaya ).

Disamping itu juga, mendoakan kesejahteraan kesihatan kepada semua yang hadir, lebih-lebih lagi Bro.Harris. Semoga semua yang kami lakukan ini mendapat keberkatan dari allah swt.

Terima kasih kepda tuan Hj.jamil selaku Imam serta ketua yang menerajui bacaan Yasin dan doa selamat, tidak lupa juga Sdra.A.Rahman Harun. Aku juga ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis ini, walaupun hujan turun.

Majlis yang sama ini, 2 anakku, 2 anak Razak/Dayang dan yang tua itu man lijah menyambut hari lahir mereka. Alhamdulillah, makan yang sedap dan memuaskan disediakan secara gotong-royong... BBQ ayam, kambing dan daging, bihun, kuah durian dengan roti jala dan kari ayam, laksa, kuih karipap, cucur badak, puding dan lain2 lagi...airnye pula ...air tembikai dan teh panas.

Ramai tetamu yang hadir...sungguh meriah.

"KALAU KITA INGAT KAT ORANG, MEREKA PASTI AKAN MENGINGATINYEE"

4 comments:

Amin.. said...

Alhamdulillah, moga-moga diperkenankan Allah SWT segala doa-doa tuan.

Selamat Hari Ulangtahun kepada semua yang menyambutnya. Tak kira tua atau muda, setiap hari kita terjaga dari tidur adalah satu hari baru yang mesti kita ucapkan kesyukuran.

Anonymous said...

betulll tuuuu,amin

Anonymous said...

betulll tuuuu,amin

Anonymous said...

seronok,,mlm 2 kite buat kenduri,,,gotong royong,,,tapi yg bengang muka aku tak nampak dlm gambar ,,,,,