Wednesday, 25 May 2011

Kesan trend kahwin lewat


Ulasan dari Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011
Apa kata anda.....

Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara.
Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembap.
"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.
"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.
"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut.
Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.
"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.
"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa.

Monday, 23 May 2011

Asam Pedas....Sedapnyeee


Asam Pedas Ikan Plotan

Lala Bukan Andy lala ye

Asam Pedas memang menjadi kegemaranku ... tambah pula bila kena cara masakannye. Hari ni aku dah lama tidak memasak....fikir2 aku pi pasar tani...jalan punya jalan aku pon terlihat ikan Plotan, Ikan ni spesis atau adik beradik dengan Ikan duri, Ikan Mayung....

Aku pon tanya tokeynye..berapa harga bahagian kepala ni...RM10 sekilo...ok bagi bahagian kepala dan Isinye sikit...semunye RM23.00...di samping itu juga aku beli lala ...satu beg plastik RM9.00. dalam hati ku ... ikan ni akan aku masak asam pedas...dan lala aku masak goreng berlada.

Setiba je di rumah aku terus ke dapur dan membasuh serta memotong bahan yang diperlukan...alhamdulillah anak aku pun tolong sama. maklumlah aku ni tak de anak perempuan...jadi lelaki pun boleh suruh buat kerja dapur.

Anak aku Umar namanye memang suka kalau aku masakkan makanan kegemarannye..lebih lagi bila buat kurma ayam..fuhh nala di makan. Memasak ni memang kegemaran ku dari bujang lagi..Sekali sekala kita ni...suami jika berkemampuan melakukan perkara ni ...tak salah masakan buat isteri yang berkerja. Bila dia balik makanan dah terhidang di atas meja... senyum dia ... OK lah..

Kata orang "sedangkan lidah lagi tergigit....inikan pula suami-isteri"... zaman sekarang ni ... kita sebagai suami kena juga membantu isteri...jika dia (isteri) sibuk...kita (suami) tolong dan sebaliknya...baru rumah tangga tu ...insyallah aman. Kita perlu timbang rasa...baru rukun damai rumah tangga.

Aku ni bukan nak ajar kekawen..., tapi inilah yang aku cuba latihkan pada diri ku... apa2pun doa kepada allah swt..jangan lupa...setelah kita berusaha.

"TAK SEMESTINYE KERJA DI RUMAH HANYA ISTERI LAKUKAN, MALAH KITA (LELAKI) JUGA PERLU MEMBANTU"


Saturday, 21 May 2011

Panggilan MENTARANG....

Mentarang...Sekilo RM7.00

Mentarang Sekilo RM6.00

Aku pun tak tahu dari mana asalnye nama Mentarang ni... yang aku tahu ia adik-beradik macam kerang, kepah, lala..dan keluarganye yang lain. Setahu aku ia hanya banyak terdapat di sepanjang jalan di kawasan Sekinchan..di Negeri Selangor.

Kalau tuan/puan..melalui jalan Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang, ....Sg.Besar..pasti perkataan Mentarang tu akan terpapar sepanjang jalan...Mentarang ni rasanye memang sedap..setahu aku ia boleh di makan.. samada ia di rebus, bakar, rendang, masak lemak cili api, goreng berlada dan sebagainye..pasti menyelerakan...fuhhhh.

Jangan silap... ada cara juga nak memasaknye....kalau tak betul teknik bukanye....atau menyediakan..nanti tak sedap kerana terdapat benda2 yang perlu dibuang sewaktu membuka cengkerangnye..kalau tak tahu ..tuan/puan boleh bertanya kepada penjualnye.Kalau tanye saya ...bayor leee...hehehe.

Mentarang ni dia hidup dalam laut....jika air mati susah dapat..rasanye memang sedap...ada ramai antara kita mungkin belum mencubanye... aku bila lalu di Sekinchan pasti akan membelinye...kadang2 sehingga 10 Kilo....itu pun bila sudah dikopik...sikit je isinye...

Aku tak risau sangat...sebab BIBI aku ada...ia sentiasa menolongnye...terima kasih BIBI ( Tukang Masak...)

Lu jangan marah...

"MENTARANG OH MENTARANG KENAPA KAU SEDAP...NAK TAHU CUBA LAAA"

Selera Rimba

Ulam-Ulaman

Asam Pedas Ikan Baung

Pelanduk Masak Lemak Cili Api

Pelanduk Goreng Berlada

Ikan Tapah Berlada

Ape yang kau jengok tu..Ira/Uthman

Pasangan berduet
Hirup....haus sangat..sabar Bibi

Senyum manja bro Wolf

Ape yang lawak sangat tu Haikal

Hai..cikgu lapar nampak tu...

Rombongan Cik Kiah.....

Baru-baru ni...rombongan Cik Kiah...secara tiba-tiba membuat kejutan bersetuju mengadakan program jalan-jalan cari makan ke Sg.besar di Kg.Belia 2, Jalan Sg.Panjang...semata-mata ingin mencuba makanan pelik tapi benar...perjalan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kediaman di Bandar Tasik Puteri.

Aku sebagai Cif..yang menaja program ini...yang dilantik secara rela pada hari itu..., nak jadi kisah..aku sendiri pun tak pernah sampai ke tempat yang dicari-cari. Kami hanya berpandukan kepada alamat yang tertera di kad saja...dan menalipon tuan punye restoran.

Perjalanan yang tidak pernah dilalui terasa terlalu jauh....aku risau juga..takut-takut bila sampai makanan..yang aku cadangkan kurang sedap...apa lagi aku kena pulak lah....Nasib sentiasa bersama aku...bila sampai makanan sudah terhidang... buat kami rombongan cik kiah seramai 16 orang. Tu yang pulon sangat...makan ..lapaaar.

Alhamdulillah,...makanan,masakannye sedap...sehingga habis. restoran yang kami pi ni...memang tak putus orang datang...terletak di tepi jalan besar menuju Sg.panjang ke Tanjung Malim dari laluan Sg.Besar. Tempat ini dipanggil SELERA RIMBA masakan ala Banjar/Jawa...di buka dari Jam 11 pagi hingga 5 petang saja (Jumaat Cuti). Landak ada, Pelanduk ada....Ikan baung, Ikan tapah...dan Ulam-ulaman...lain pun ada, semuanya yang halal.

Jika kekawan rasa nak tukar selera makan..bolehlah try...pasti tak rugi..harganye juga berpatutan..boleh minta tuan punye restoran .. "saya nak sekepala RM35..apa yang boleh dia hidangkan..ni contoh jee". Jika nak rasa makanan seperti landak,pelanduk... call dulu, takut2 dah habis.

"BANYAK BERJALAN, LUAS PANDANGAN"

Tuesday, 10 May 2011

IPAD 2 macam goreng pisang panas!!!

Pagi-pagi lagi aku dah tengok website, nak tahu berapa harga IPad 2 di Malaysia, boleh tahan juga harganye .. Jika WiFi + 3G 64G lebih kurang RM2449.00..aku pun setuju nak beli...

Waktu makan tengahari, aku dengan rakan ku keluar pi Plaza Low Yet..kat Jalan Bukit Bintang...sampai terus ke kiosk iPAD Apple di tingkat 3 kalau tak silap ingatan ku. di sana aku terus bertanya harganye...sama dengan yang aku lihat di website..

Malangnye sudah habis..kena order, tetapi beliau menjelaskan, di tingkat 1..banyak..harga mahal sikit...Aku pun terus ke ting.1 dan melihat memang ada..tetapi semua harganye mahal, bayangkan WiFi + 3G 16G saje dah mencecah RM2700, belum lagi 64G.

Bila aku tanya kat kiosk lain, harga bagi 64G...ada setengahnya RM3300 dan RM3490....gila gitu...hampir RM1000 harga di naikkan.. Tapi aku tak berputus harapan...terus aku ke kiosk Apple di Pavillion dan di sana juga kehabisan stok....bila di tanya bila ada stok...mereka pun kurang pasti.

Bagaimana pulak jika saya nak, booking order....dia jawap pun dah penuh...aku tension...dalam fikiran ku nak pulak aku pergi ke KLCC...tapi kalau semuanye dah habis stok....sama je... akhirnya aku order melalui online dan insyallah 2 minggu mungkin aku akan mendapatnyee....

Apa2pun mana-mana kekawen yang nak beli, harap sabar...biar sampai harganya OK kembali....kerana masa inilah ...si ejen2nyee nak cekik darah...,biar permintaan kurang..nanti harga turun.

Kalau harga dari pembekal RM2449.....naik sikit oleh ejennye ke harga RM2700, tak pe juga....ni naik sampai ke RM3300 hingga RM3400....jauh bezanye. Semoga allah memberi ketenangan buat ku, bagi mendapatkan iPAD 2..

"BELILAH DARI PEMBEKAL ASAL, JANGAN SAMPAI KENA TIPU...NOW RM2449...WiFi + 3G 64G DARI PEMBEKAL ASALNYA"

Monday, 9 May 2011

Hai Orang-Orang Bandar Tasik Puteri, ada CITE Buat Kita...

Pandangan Latar Expressway Exit BTP

Laluan yang telah di bina...

Jalan Masuk dari Pekan Kundang ke BTP

Jalan Tanah Merah ke Desa Puteri dari laluan Kundang

Jalan yang diwartakan sebagai laluan utama ke Masjid
dari laluan Utama BTP

pandangan laluan ini..

Tiap2 yang hidup pasti akan merasai waktu kematian, begitu juga dengan kita, jangan gopoh atau tiada kesabaran dalam melakukan kerja2 kebajikan. jangan menuding jari menyalahkan orang, jika itu dan ini tak dapat. Kalau kita sangguh buat kerja amal jariah kepada masyarakat kita perlu sabar.

Satu ketika dulu, pada akhir tahun 1999, lagi banyak masalah penduduk BTP hadapi, tiada lampu jalan dari jalan masuk...yang amat merbahaya, Isu kandang Babi, Isu Surau,Isu Masjid,Isu Sekolah, Isu Gerai makan dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekarang ni rata-rata penduduk BTP dah dapat apa yang mereka perjuangkan... lebih-lebih lagi mereka yang datang atau berhijrah ke BTP sekarang sudah senang, kemudahan asas Ok hampir 80% ( erti kata, ada lah apa yang dikehendakan ).

Memang ada masalah, sedikit atau sebaliknya, pilihanraya dah disambut oleh penduduk BTP hampir 2 kali, pada tahun 2004 dan 2008... siapa yang perjuangkan yang mendapatkan Pusat Daerah Mengundi di BTP... sehingga kini BTP mempunyai pengundi mencecah hampir 2000 Orang.

Kekuatan pengundi sedikit sebanyak boleh mengertakkan sesiapa saja yang menjadi wakil rakyat. Jika dilihat, senario politik berbeza, di mana wakil rakyat di menangi oleh wakil kerajaan pusat di DUN Kuang dan manakala kerajaan Negeri di tadbir oleh pembangkang. Sudah pastinya akan menjejaskan sedikit sebanyak apa jua permintaan yang dipohon oleh kita penduduk BTP. Ada kalanya permintaan itu mungkin melibatkan 2 peringkat samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Kita sebagai penduduk perlu faham serta terima hakikat, buangkan fahaman politik kita dalam memperjuangkan hak masyarakat BTP. Malah sepatutnya kita gunakan kuasa yang ada samada di pihak pembangkang atau pemerintah, membantu dalam mendapatkan hak-hak kita sebagai penduduk di BTP.

Di BTP siapa kata tiada wakil dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat, jawapan nye ada... tetapi kenapa mereka2 ini tidak dipergunakan dalam hal ini. Kalau melibatkan urusan di pihak kerajaan negeri, gunakan mereka ni....atau sebaliknya di pihak kerajaan Pusat.Siapa orang baru yang kenal dengan orang lama yang tinggal di BTP... ada di antara mereka sudahpun menjadi arwah kerana jasa mereka ini.... kita boleh dikatakan selesa tinggal di BTP.

Hari ini, ada sesetengah pihak menyuarakan berbagai masalah, alhamdulillah...siapa yang tak nak agar masalah yang diperjuangkan diberi perhatian. Hentam orang sini...hentam orang sana...  kita tidak pernah terfikir pun perasaan pihak yang kita hentam..masing2 nak jadi jaguh dalam memperjuangkan hak. kalau kita rasa pihak itu tak betul dan pihak sini tak betul...habis tu siapa yang betul.

Salahkah kita kumpulkan mereka ini, tak kiralah dari parti pemerintah atau pembangkang (UMNO,PAS, PKR) serta kepimpinan NGO (Penduduk)... dalam memperjuangkan hak kita.. Dulu saya masih ingat lagi diadakan pertemuan dalam membincangkan isu-isu BTP di kelab Golf ... malangnye...ada di antara pemimpin di peringkat penduduk pun tak dipanggil serta wakil parti memerintah pun tak di panggil. Kena ingat DUN Kuang di menangi oleh parti pemerintah... sudah tentunya wakil2 pemerintah ini boleh dijadikan sebagai jambatan bagi menghubungkan isu2 rakyat di BTP.

Kebanyakan kita gemar mencari musuh... akhirnya rugi bangsa sendiri... sudah tiba masanye kita bersatu dalam memperjuangkan hak kita ... tanpa mengira fahaman politik. Janganlah mengguna pendekatan suka mengertak, kalau tak bagi... pilihanraya nanti ...., cara ini jika dilihat tidak bersifat kepada kekeluargaan...gunakanlah cara berhemah serta berbincang. Jangan terlalu menekan.... Kita pun tidak suka jika penekanan digunakan.. "Kita sendiri pun tidak boleh memberikan kesamarataan dalam mendidik anak, apa lagi orang luar". Kita terima hakikat sebagai wakil rakyat sudah pastinye perlu menjaga rakyatnye... tetapi kita kena ingat...adakah kita saja yang perlu wakil rakyat jaga....orang lain juga di kawasannye perlu di jaga.

Mungkin ada jawab yang keluar dari mulut kita..kalau macam tu usah menjadi wakil rakyat.... persoalannye kalau kita di beri kedudukkan ini mampukah kita pula melaksanakannye... dan tanya diri kita apakah sumbangan kita kepadanye... jangan hanya tanya sumbangannya kepada kita.

Ada antaranye menghentam apa peranan UMNO BTP dan apa yang telah YB buat kat BTP, orang2 sebeginilah yang merosakkan bangsa... kasar bunyinye... ada mereka2 ini datang berjumpa kepimpinan UMNO..., sekadar cakap jauh je berani... Usaha sape sekolah SK2, gelanggang Futsal, Masjid, Surau2 termasuk bantuan kepada surau2 dan masjid... (sedangkan kita tahu mereka yang menjadi pengerusi @ Nazir semuanye menentang kerajaan Pusat) dan banyak lagii..ini mereka tak nampak. Malah kerajaan juga sudah meluluskan sek.menengah satu lagi, mungkin di bina di Blok 2 atau 3..

Orang yang cakap tentang Masjid...mereka sendiri pun tak pi masjid... , soal jalan bukan kita tak perihatin..malah AJK masjid yang ada sekarang pun tak pernah nak membawa isu2 masjid ke YB...., kitalah yang bercakap dalam perwakilan bahagian atau sebaliknya... takan ini pun nak diajar.. mari kita berkerjasama..

Cecita mana sumbangan yang telah dibawah oleh kepimpinan PAS @ PKR di BTP. apa yang mereka buat... Tuan2 boleh lihat... mereka ini hanya penting diri sendiri..buka tanah2 sepanjang jalan masuk BTP...sehingga tidak langsung memberi ruang kepada hidupan burung hijrah. Lihat dan tengok siapa punya tanah... tu... lantik JKP....sedangkan bukan penduduk tetap di sini, malah hanya menyewa sahaja. Kalau berlaku apa2...mereka ni cabut je...kita juga yang akan menanggungnya.

Apa2 pun terima kasih membacanye...

Untuk makluman, Isu-Isu di bawah ini, akan dipanjangkan ke pengetahuan PM yang akan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang kalau tak silap pada 25 Jun 2011 di Perangsang Templer Golf Club.
  1. Exit Keluar di BTP (KLKS)
  2. Jalan Kundang ke BTP ( Desa Puteri )
  3. Jalan Susur ke Masjid BTP
  4. Sek.Men.Kebangsaan 2 ..mungkin di bina di Blok 2&3
  5. Exit masuk dari Sg.Serai
  6. Exit Keluar dekat Kundang ( Mardi)
Kita sama-sama doakan dan lakukan sembahyang hajat semoga perkara ini menjadi kenyataan...

"KITA HANYA MERANCANG, PERANCANGAN ALLAH SWT, ADALAH SEBAIK-BAIKNYA"

Sup Belut penuh khasiat

Sedapnyee

Ape yang muncung tu...Bro

Baru-baru ni aku pulang dari kursus di Naka Kedah, sempat singgah di Bandar Ipoh, tempat yang pernah aku menuntut ilmu sewaktu remaja ku. Aku bersama beberapa rakan ku telah singgah di sebuah restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Jalan Jubilee Park, Ipoh.

Di sini, kalau tuan/puan nak tahu, terdapat menu istimewa...ayam kampung goreng, sup belut..ini yang paling aku suka, dan lain2 menu. Melangkak masuk je restoran ini, di bahagian hadapan kita akan melihat akurium belut yang melingkar-lingkar (hidup2).

Kalau tengok belut ni, geli juga...maklumlah macam ular pun ada. Tetapi apa-apa pun sup belut itu memang lazat.. dan ada khasiatnye tersendiri. Semangkuk sup belut hanya RM8.00... aku rasa OK lah harganye.

Jika hampa semua tersinggah kat Ipoh cuba lah try...macam promosi je pulak. ( Promosi tak dapat duit ).

"BELUM CUBA BELUM TAHUUU"

Saturday, 7 May 2011

Cermin Mata oh Cermin Mata...

Serupa tapi...bukan dia tau...

Semalam aku pi buat cermin mata...maklumlah dah tak nampak bila membaca.... faktor umur.hehehe. Anak aku selalu je pening kepala,... aku pelik juga..kenapa ye...dulu dia pernah pakai cermin mata tetapi budaklah katakkan... letak sini letak sana..hilang, lepas tu dia buat tak tahu jee.

Bila tiap kali asyik pening, nasihat kawen ku, cuba kau pi check matanye...nilah yang aku  bawa dia pi buat cermin mata kat BCH...RM300 anak aku punya harga cermin mata...aku pulak RM650. Anak aku yang bongsu pun nak juga ...kena RM80... semuanya dapat diskaun RM30....total RM1,000.

Aku punya cermin mata ..power ada tambah...malah terpaksa buat 2 power dalam satu cermin...yang jauh ada dan dekat pun ada...plastik...jika cermin lagi mahal...Oklah tu...dah takdir.

Ku nasihat kat kekawen tu..kalau dah rabun, bawa-bawalah pi check mata.... (sape kena ni di faham le).

"UMUR TAK PERNAH TURUN, MALAH SENTIASA NAIK ....YANG TIADA DAPAT DIHALANG"

Thursday, 5 May 2011

Mangga Ku dah Jadi Kerabu...syoknyee

Dalam besen tu..baru sebiji jee

Ni dah jadi kerabu..

Tengah peram...

Hari ini, mangga Ku dah jadi kerabu...sedapnye...aku makan dengan nasi panas pun dah naik selera. Sebiji dah penuh satu besen.. tambah bahan-bahan sebagai pembuka selera.

Semalam aku dah turunkan beberapa biji yang dah nampak tua..untuk peram..mintak-mintak bila dah masak, manislah rasanye. Bukan ape..kekadang jika silap peram, dia jadi masam. Semoga pokok mangga ni, berbuah sentiasa...

"BERBAKTI PADA TANAH, ...HASILNYA..SYUKUR KEPADA ALLAH SWT"

Sudut Kesihatan - Sihat mulut, sihat badan


PEPATAH Cina ada menyebut, mulut itu pintu masuk kepada kesihatan tubuh badan kerana semua penyakit datangnya dari mulut. Manakala semua masalah datangnya daripada pertuturan. Bagaimanapun, mulut didiami ribuan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit periodontal atau gusi, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Dr. How Kim Chuan.
Penyakit periodontal ialah jangkitan bakteria yang merosakkan tulang sekeliling akar gigi menyebabkan gigi menjadi longgar.

Ia disebabkan plak bakteria, selaput kekuningan melekit yang sentiasa terbentuk di gigi. Antara simptom sakit periodontal ialah gusi merah, bengkak dan berdarah, kemunculan poket-poket periodontal, gigi longgar dan nafas berbau. Walaupun begitu, tidak ramai pesakit sedar akan kehadiran penyakit itu kerana simptom-simptom biasanya tidak disertai kesakitan, kata Dr. Kim Chuan.

Mujurlah tanda-tanda keradangan itu dapat dirawat sepenuhnya jika disertai dengan langkah pencegahan, motivasi serta kerjasama daripada pesakit, katanya. Ujarnya, terdapat banyak kajian yang menyelidik kemungkinan berkaitnya penyakit oral (mulut) dengan kesihatan sistemik tubuh badan. "Para penyelidik mendapati periodontitis (keradangan gusi), peringkat mendalam penyakit periodontal, mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis dan pneumonia bakteria.

" Kajian juga menunjukkan bakteria dan keradangan memainkan peranan lebih bahaya dalam penyakit sistemik seperti kencing manis kerana mengurangkan ketahanan tubuh terhadap risiko jangkitan dan membuatkan penyakit periodontal semakin teruk. "Jadi mereka yang menghidap kencing manis selalunya juga mempunyai penyakit periodontal. Malah ada kajian yang mengatakan periodontitis memberi kesan ke atas kawalan gula dalam tubuh badan," terang Dr. Kim Chuan.

Beberapa kajian turut mengaitkan bengkak yang kronik dari periodontitis dengan masalah kardiovaskular, arteri tersumbat dan strok. Beliau menerangkan, plak gigi mungkin berkaitan dengan plak yang melekat pada lapisan dalam pembuluh darah iaitu arteri. Ini menyebabkan arteri mengeras dan mengehadkan aliran darah. Penghasilan arteriosklerosis itu diburukkan lagi dengan mendakan lemak dan kolesterol. Ini boleh berlaku di mana-mana arteri, terutama arteri jantung yang menyebabkan sakit jantung dan arteri otak yang menyebabkan strok.

Beliau menerangkan, penyelidik juga mendapati penjagaan oral yang kurang baik boleh meningkatkan risiko mendapat pneumonia jenis aspirasi. Pneumonia jenis ini berlaku apabila seseorang tersedut bendasing seperti makanan atau cecair yang menyebabkan iritasi kepada paru-paru. Ini seterusnya menyebabkan jangkitan bernanah, keradangan dan sakit pneumonia. Bakteria di mulut ekoran kaviti dan penjagaan oral yang tidak sempurna juga boleh tersedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan pneumonia jenis itu, kata Dr. Kim Chuan.

Makluman - "Victoza" rawat diabetes


MENURUT perangkaan daripada Persekutuan Diabetik Antarabangsa, pada 2010 seramai 285 juta penduduk dunia menghidap diabetes dan ia dijangka meningkat kepada 438 juta menjelang tahun 2030.
Daripada jumlah tersebut, di Malaysia sahaja seramai 1.8 juta telah dikenal pasti menghidap penyakit tersebut dan ia merupakan satu peningkatan yang tinggi berbanding 1.4 juta pada tahun 2006.Pada tahun 2010 juga, sejumlah 23,800 kematian adalah disebabkan diabetes.

Menurut Pakar Endokrinologi Senior, Hospital Universiti Sains Malaysia, Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, melihat akan senario tersebut, pakar kesihatan bersetuju bahawa Malaysia akan terus mengalami peningkatan dalam jumlah pesakit diabetes di masa akan datang.Katanya lagi, jumlah kes diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah 2.5 juta menjelang tahun 2030.

''Diabetes terbahagi kepada dua iaitu jenis 1 dan 2. Kebanyakan pesakit di negara ini menghidap diabetes jenis 2 di mana pankreas mengeluarkan kuantiti insulin yang tidak mencukupi dan secara tidak langsung ia akan mengalami kesan berkurangan ke atas otot dan sel hati.''Dalam hal ini, pesakit selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini adalah punca kebanyakan kematian pesakit yang menghidap diabetes jenis 2.

''Bagi diabetis jenis 1 pula, badan pesakit langsung tidak mengeluarkan insulin,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.Tambah beliau, untuk itu setiap pesakit diabetes perlu dirawat dan tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap glukosa darah ke tahap sasaran kerana penyakit ini menyebabkan tahap gula darah meningkat.Dalam kes ini, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik dengan rawatan sedia ada.Untuk itu, baru-baru ini, Novo Nordisk telah melancarkan Victoza, sejenis ubat yang dihasilkan untuk rawatan diabetes jenis 2 di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai penemuan tersebut, Profesor Perubatan Monash Universiti, Prof. Datuk Dr. Khalis Abdul Kadir berkata, dengan Victoza, pesakit diabetes jenis 2 yakin bahawa mereka dapat mengawal tahap glukosa darah di samping mendapat manfaat penurunan berat badan.Ujar beliau lagi, kes tersebut (penurunan berat badan) adalah pencapaian penting bagi pesakit diabetes jenis 2 yang ramai di antaranya menghadapi masalah berat badan.

''Sebahagian besar kes diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2 yang boleh dikaitkan dengan peningkatan bilangan mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes.''Tetapi dengan Victoza, ia mampu membantu pesakit menurunkan berat badan dan ini adalah satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2 .''Dengan Victoza, pesakit hanya perlu menyuntik sekali sehari sahaja dan tidak bergantung kepada waktu makan. Ini bermakna suntikan boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan,'' katanya.Victoza merupakan sejenis ubat yang mampu membantu pesakit diabetes jenis 2 mengembalikan tahap glukosa darah kepada normal.Ia bertindak balas dengan tubuh untuk mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika ia menjadi terlalu tinggi.

Penghasilan Victoza juga adalah untuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko tahap glukosa darah terlalu rendah (hipoglisemia).Sebelum Victoza diperkenalkan kepada umum, kajian yang dilakukan membuktikan dua faedah tambahan Victoza adalah penurunan tekanan darah sistolik dan pemulihan fungsi sel beta.Kelebihan ini telah dibuktikan melalui fasa 3 ujian Liraglutide Effect and Action in Diabetes (LEAD) yang melibatkan 4,000 pesakit diabetes jenis 2 menerima rawatan Victoza di 40 buah negara termasuk Malaysia.

Waspada apabila digoda wanita

ALLAH SWT telah menganugerahkan kepada kaum wanita keindahan, kecantikan dan keghairahannya yang membuatkan kaum lelaki tertarik kepada mereka. Namun syariat yang suci tidak memperkenankan keindahannya itu dipamerkan seperti barang dagangan.

Sebaliknya kenyataan dan realiti yang kita jumpai sekarang ini wanita justeru menjadi sumber fitnah bagi lelaki. Di jalan-jalan, di program televisyen atau cakera padat video (VCD) dan media massa, wanita mendedahkan aurat sekehendak hatinya. Apa lagi melalui pertandingan kecantikan, pertunjukan filem dan drama yang menunjukkan keindahan tubuh wanita sehingga seolah-olah tidak ada seksa dan tidak kenal apa itu dosa.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak pernah aku tinggalkan sepeninggalanku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitulah realitinya, wanita menjadi sumber godaan yang telah banyak membuat lelaki lemah lutut dan terbenam dalam lumpur maksiat yang dibuat oleh syaitan untuk menenggelamkan manusia. Usaha-usaha untuk menggoda boleh terjadi secara halus, disedari ataupun tidak, secara terang-terangan mahupun tersembunyi.

Lihatlah kisah Nabi Yusuf a.s ketika isteri pembesar Mesir secara terang-terangan menggoda beliau untuk diajak melakukan perkara yang sumbang.
Nabi Yusuf pun menolak sambil berkata: Aku berlindung kepada Allah (daripada perbuatan yang keji itu), sungguh Tuhanku telah memperlakukan ku dengan baik. (Yusuf: 23).
Muhammad bin Ishak menceritakan: As-Sirri pernah melalui di suatu jalan di kota Mesir. Kerana tahu dirinya menarik, seorang wanita berkata: "Aku akan menggoda lelaki ini".
Maka wanita itu membuka wajahnya dan memperlihatkan dirinya di hadapan As-Sirri.
Beliau lalu bertanya: "Ada apa denganmu ini?" Wanita itu berkata: "Mahukah anda merasakan tilam yang empuk dan kehidupan yang nikmat?"
As-Sirri kemudian melantunkan syairnya: "Berapa banyak pencandu kemaksiatan yang mereguk kenikmatan dari wanita itu, namun akhirnya ia mati meninggalkan mereka untuk merasakan seksa yang nyata.

"Mereka menikmati kemaksiatan yang hanya sesaat, untuk merasakan bekas-bekasnya yang tak kunjung padam. Wahai kejahatan, sesungguhnya Allah melihat dan mendengar hamba-Nya, dengan kehendak Dia pulalah kemaksiatan itu tertutup jua". (Raudatul Muhibbin wa Nuzhalul Mustaqim, karya Ibnu Qayyim).

Perhatikanlah bagaimana Rasulullah telah memperingatkan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud: Berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hatilah pada wanita kerana fitnah pertama bagi Bani Israel adalah kerana wanita. (riwayat Muslim).

Kini di era globalisasi, ketika arus informasi begitu deras mengalir, godaan mudah masuk ke rumah-rumah kita, melalui jaringan komunikasi seperti majalah, akhbar, televisyen, filem dan sebagainya.
Godaan itu datang di tengah-tengah kita tanpa diundang, menampilkan wanita-wanita yang berpakaian tetapi 'telanjang'. Melenggok-lenggok mempamerkan aurat yang semestinya dijaga dan dikawal.
Sebahagian muslimah ikut terbawa-bawa oleh propaganda dan gaya hidup seperti itu. Pakaian kehormatan dilepas. Diganti dengan pakaian ketat yang membentuk lekuk tubuh tanpa merasa silu dan segan.

Godaan pun semakin kencang menerpa, dan pergaulan bebas tanpa batas menjadi perkara biasa.
Maka kita perlu merenungkan dua bait syair yang diucapkan oleh Sufyan ath-Thuri: "Kelazatan-kelazatan yang didapati seseorang dari yang haram, akan hilang juga, yang tinggal hanyalah aib dan kehinaan. Segala kejahatan akan meninggalkan bekas-bekas buruk, sungguh tak ada kebaikan dalam kelazatan yang berakhir dengan seksaan dalam neraka".

Seorang ulama yang masyhur, Ibnu Qayyim memberikan nasihat yang sangat berharga: "Allah SWT telah menjadikan mata itu sebagai cerminan hati.
"Apabila seorang hamba telah mampu menjaga pandangan matanya, bererti hatinya telah mampu mengawal gejolak syahwat dan emosinya. Apabila matanya keranjang, hatinya juga akan liar menuruti syahwatnya".

Hal ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Kini banyak berlaku kemaksiatan yang terang-terangan, perangilah kemaksiatan dengan syariat yang dituntut agama.Fenomena godaan wanita memang banyak berlaku yang bukan sahaja terjadi di kalangan orang awam, tetapi juga yang melibatkan pemimpin dan golongan elit di seluruh dunia yang boleh menggoncangkan kedudukan mereka, yang Muslim dan bukan Muslim. Oleh itu perkuatkan iman kita mulai dari terkecil iaitu keluarga. Kalau iman telah kuat dalam suatu keluarga, insya-Allah gejala seperti itu tidak akan terjadi.

Di samping itu, kita juga harus menyedari tentang mekanisme perdayaan syaitan yang sentiasa mencari jalan dan helah untuk menjatuhkan martabat anak cucu Adam.Apabila syaitan telah masuk ke dalam darah daging manusia, amat sukar untuk melepaskannya. Kerana tidak ada garis pemisah antara perdayaan syaitan dengan perdayaan dan tipu daya manusia. Ibarat kita berhadapan dengan serigala yang telah berbaju kambing atau musang yang telah berbulu ayam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Akan keluar beberapa kaum nanti, muka mereka seperti muka manusia, akan tetapi hati mereka seperti hati syaiaslimin melalui dengan godaan wanita.

Wallahu 'alam.

Wednesday, 4 May 2011

Dengar Cite... YB berada di Pejabat PDM BTP

YB sedang mendengar masalah Rakyat

Cop apa tu bang Rahim dan Lemat

kak Tie ...ape yang di cite tu..

Ape yang syor tu...

Aku dengar sekarang ni YB Shukur akan turun ke Pejabat Khidmat Masyarakat dan PDM BTP, setiap hari Rabu...pada minggu PERTAMA dan KETIGA setiap bulan... alhamdulillah, tahniah YB..

Hari ni merupakan hari pertama YB memulakan kerjanya bagi Pejabat cawangan di BTP... berjumpa rakyat serta mendengar permasalahan rakyat... masa YB berada dari Jam 10.30 pagi hingga 2 petang.Sesebelum ini rakyat boleh berjumpa YB di Pejabatnya di Kundang. Sekarang ni YB sudah ada Pejabat cawangan di BTP dan akan membuka satu lagi cawangan di Bt.Arang.

Aku harap orang Bandar Tasik Puteri, ambil-ambillah kesempatan ini, meluahkan apa juga masalah yang boleh YB berikan perhatian. Ramai juga yang hadir pada hari ni.

Semoga usaha YB ini diberkati allah swt...

"TERUSKAN USAHAMU... RAKYAT SENTIASA MELIHAT"

Monday, 2 May 2011

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat..

Menadah tangan memohon doa dan restu ilahi

Berjemaah Solat isyak

Semasa bacaan Yasin

Hai jeling nampak Bro.yang ditengah tuuuu

Birthday sape tu...

Ni anak aku yang nombor 2

sape mahu rasa air tembikai ni....sedap

"Selamat ulang tahun kepada mereka yang menyambutnya di bulan April ..", baru2 ni, aku bersama jiran menganjurkan hari ulang tahun kepada mereka, yang lahir di bulan April. Di dalam program ini juga kami adakan bacaam Yasin dan doa selamat kepada mereka yang telah kembali kerahmatullah... serta doa kesyukuran bagi anak2 yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dan PMR tahun ni, terutamanya anak ku yang sulong Syed Abu Bakar ( abah doakan semoga berjaya ).

Disamping itu juga, mendoakan kesejahteraan kesihatan kepada semua yang hadir, lebih-lebih lagi Bro.Harris. Semoga semua yang kami lakukan ini mendapat keberkatan dari allah swt.

Terima kasih kepda tuan Hj.jamil selaku Imam serta ketua yang menerajui bacaan Yasin dan doa selamat, tidak lupa juga Sdra.A.Rahman Harun. Aku juga ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis ini, walaupun hujan turun.

Majlis yang sama ini, 2 anakku, 2 anak Razak/Dayang dan yang tua itu man lijah menyambut hari lahir mereka. Alhamdulillah, makan yang sedap dan memuaskan disediakan secara gotong-royong... BBQ ayam, kambing dan daging, bihun, kuah durian dengan roti jala dan kari ayam, laksa, kuih karipap, cucur badak, puding dan lain2 lagi...airnye pula ...air tembikai dan teh panas.

Ramai tetamu yang hadir...sungguh meriah.

"KALAU KITA INGAT KAT ORANG, MEREKA PASTI AKAN MENGINGATINYEE"

Basikal Ku buat hal lagi....

Tercabut lagi pengayuh Ku

Ini pulak Bro.Harris PUNYE problem ...Basikalnyee

Ini anak sulong ku

Ape Cite ni..

Senyum je lah...

Maafkan aku, sahabat2 kerana hampir 2 minggu aku tak update my blog..sorry busy ya amat.. minggu lepas aku terpaksa mengikuti kursus Pidato di Kem.Naka Padang Terap Kedah.

Apa2pun semoga allah swt memberi kesihatan dan keberkatan kepada aku..untuk meneruskan cite sebagai paparan kepada mereka yang suka atau tak suka.. semoga cite ini memberi ketenangan buat semua..

Berbalik kepada sukan yang aku gemari ini, minggu cuti panjang, sempena hari pekerja, anak sulong ku pun ada di rumah, balik dari Terengganu ( cuti ),dia mengajak aku membuat kayuhan basikal..aku pun setuju. Pagi 30 april 2011 aku bersama anakku dan rakan kayuhan Bro.Harris ..membuat kayuhan santai sekitar BTP. Belum sempat nak rancang kayuhan ke BCH (Bandar Country Homes), tuk,tuk turun je dari bukit PCP menghala jalan Utama, tiba2 Basikal Bro.Harris tayar gelong bila check .... "bring yang memegang batang sharp dah longgar" so ...tolak je basikal ...

Aku pun bersama anakku meneruskan kayuhan.... nasib pula tak menyebelahi .... bila basikal aku pulak yang tercabut pengayuh berhampiran pondok pengawal keselamatan di BTP... penat juga rasanye kerana aku terpaksa tolak basikal ke rumah... kesian anakku kerana terpaksa ikut aku berpatah balik...

Wah gelak besar nampaknye Bro.Harris bila aku cite, kerosakan basikal yang aku hadapi..., inilah kata orang " pengalaman mengajar kita erti kehidupan".

"HIDUP TAKAN BERERTI, JIKA TIADA UJIAN"