Thursday 21 April 2011

Lori terbalik... kesesakkan teruk menghala ke BTP dan sekitarnya






Inilah masalah yang terpaksa hampa dan aku hadapi, sama ada yang tinggal di Bandar T.Puteri (BTP), Bandar Country Homes, Taman Velox ...atau yang sekitar dengannya.. mana tidaknya ... asal ada je berlaku kemalangan, pening le kepala dibuatnya... sewaktu nak pi keje atau pulang...

kesesakkan teruk berlaku ..tension nyeeee, bayangkan kejadian yang aku paparkan ini berlaku di jambatan menghala balik ke BTP dari susur keluar Tol Rawang.., masa berlaku aku tak pasti tetapi sewaktu aku pulang dari keje ... hampir jam 5.40 petang, kemalangan ini telahpun berlaku.. Sebuah lori panjang terbalik, melintang di tengah jalan dan menyebabkan dari 3 lorong, hanya 1 lorong sahaja yang boleh dilalui... itu pun lorong menuju ke BTP...

Bayangkan mereka yang hendak keluar ke Rawang pasti sangkut... kerana tak boleh lalu...apatah lagi mereka yang hendak pulang ke rumah menghala ke BTP dah tentunya sesak... Kemalangan ini bukan saja sesak dari Tol Rawang malah menjejaskan mereka yang datang dari Pekan Rawang hinggalah ke lampu isyarat di Tol Rawang.

Bagi yang tak tahu,...jalan persekitaran Tol Rawang ke BTP... Pekan Rawang, sedang di naik taraf (dalam pembinaan).. mungkin mengambil masa sedikit... tiada kemalangan pun suasana ini menyebabkan kesesakkan juga...Kita yang menggunakan laluan ini setiap hari kena banyak-banyak sabar.. ini semua dugaan...sabor je lah..

Berbalik dengan cite kemalangan ini, aku pun tak tahu bagaimana kemalangan ini berlaku...tetapi tiada kemalangan jiwa dan kenderaan lain terlibat..mungkin jalan licin kerana hujan lebat turun ketika itu. Kalau tak salah, di tempat yang sama ini, pernah juga berlaku kemalangan yang sama..(lori terbalik)...jadi kita kena berhati-hati jika melalui jalan ini, lebih-lebih lagi ketika hujan.

2 buah Kren terpaksa digunakan bagi mengalihkan lori yang terbalik... alhamdulillah anggota Polis juga membantu lalulintas bagi memberi kelancaran perjalanan..., Syabas Bapa Polisi... Kemalangan yang berlaku ini tidak dapat kita duga...,

Ambillah sikap perihatin, maklumkan kepada kekawan yang akan pulang dari keja..supaya memilih laluan lain sebagai pilihan ..tanpa melalui jalan yang berlaku kemalangan dan akan menghadapi kesesakkan yang teruk. Tindakan yang sedikit, yang kita lakukan ini dapat mengelakkan suasana yang lebih teruk.

Kita doakan semoga jalan yang di naik taraf akan cepat siap dalam jangka masa yang singkat... dan bagi mereka yang hari2 lalu di laluan ini, jangan banyak tension..takut-takut yang tak ada darah tinggi ... dapat darah tinggi.. yang ada darah tinggi... hati2..takut2 jadi ???,kalau yang lemah jantung banyak2lah bersabor..ye...takut keras dalam kereta pulak.

OK lah...jumpa lagi..

"HATI-HATI, JANGAN SAMPAI TAK RETI... AKHIRNYA ...JAWAB SENDIRI.."


Tuesday 19 April 2011

Tercabar @ semangat,.. bila aku membacanya...

Jika kekawan membaca Utusan Malaysia hari ini, aku tertarik dengan seorang Ibu kepada lima orang anak, antara peserta yang membuat Jelajah kayuhan Cinta Negara 2011 yang berjaya menamatkan perjalan sejauh lebih 100 KM.Ia berlaku di Sg.Petani Kedah, walaupun beliau berasal dari Shah Alam, Selangor.

Cite ni, menyentuh perasaan aku... paling jauh aku berkayuh pun sejauh 55KM, kalau tak silap, bila aku membuat kayuhan di Tanah Tinggi Cameron. Itu pun dah terasa macam nak tercabut nyawa. Aku ucapa syabas kepada Puan Siti Turiah kerana berjaya.


Berbasikal ini banyak faedahnya, selain dari menjaga kesihatan ia juga mampu menghilangkan tekanan serta kerusingan.... apa taknya.. sewaktu berkayuh, kehijauan serta keindahan alam semulajadi sudah cukup menenangkan. Jika saudara/saudari mampu berkayuh,... kayuhlah... setelah anda melakukanya, pasti anda akan tahu nikmatnya.

Kita berkayuh ni...bukan nak basikal yang canggih sangat..., zaman ini anda mampu beli jika harga basikal yang agak sesuai pun sekitar RM500.00...itu pun sudah cukup untuk anda melakukan kayuhan pertama..., bila rasa dah selesa...terpulang kepada anda nak beli yang lebih baik...

Bagi aku dalam bab kesihatan ni..."Biar kita cegah dulu...dari kita mengubati,,", sekarang ni banyak kemudahan disediakan... beli basikal sudah tentu "INCOME TAX" kita dapat pelepasan... tak banyak, sikit pun jadilah.....syoknyee...

"AKU MAMPU MEMBERI PANDANGAN, ANDA YANG BERHAK MENENTUKANYA"

Sunday 17 April 2011

BTP ke Jalan Bt.Arang - Kuala Selangor

Penat betul...Bro.Harris

Sesi Bergambar leee...

Bergambar je ..ceria..OK lah tu

Bergaya lagi tu..

Kenapa... tiang nak rebah ke...

Mana pembahagi jalan U mau bikin...

Tengah Jalan pun ....mau bergambar....

apa dah jadi ....Rosak le tu..

Sampai tercabut pengayuh...handal

Ketuk Bro...

Hari ini merupakan cabaran bagi aku,... balik je dari Offis bertugas malam ....standby Pilihanraya Negeri Sarawak...sampai rumah Jam 9.00 pagi...aku terus membuat kayuhan bersama Bro.Harris ke laluan yang tak diduga oleh Bro.Harris.

Balas dendam punya pasal, sebab semalam tak dapat kayuh...aku hayun kayuhan ku ke laluan Bt.Arang ke Kuala Selangor dari Bandar Tasik Puteri (BTP) sejauh 25 KM. Laluan yang redup di kelilingi ladang Kelapa Sawit, jalan yang seperti ular kena palu...berbukit terasa juga keletihannya.

Bro.Harris yang begitu tenaga selalunya, kali ni amat letih....aku pun hairan kenapa ye, .. semalam beliau kurang tidur dan makan. mungkin benar.... bila umur dah meningkat..Aku risau juga takut-takut beliau rebah tengah jalan ..walaubagaimanapun terima kasih Bro.... habis juga kayuhan kita buat kali ni.

Semasa kayuhan berbukit... tiba-tiba pengayuh aku tercabut...sudah, aku terpaksa menolak basikal .... termenung juga aku, bagaimana ni..., alhamdulillah nasib baik aku ada bawa allen keys, dalam beg.....dan batang kayu pokok sebagai pengetuk... akhir semuanya OK...

Kami meneruskan perjalanan hingga ke penamat..... apa lagi kedai kak Ina..lah...perkena Jelly kelapa dan teh  halia panas... segar badan kembali..Kali ini aku mengambil masa hampir 1 1/2 Jam...

Yang penting kita berjaya membuat kayuhan ini.....T.U semua..

"TIDAK ADA PERKARA YANG TAK DAPAT DISELESAIKAN, JIKA KITA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF"

16 April bukan 16 September - Sarawak oh Sarawak


PILIHANRAYA SARAWAK 2006:

BN    = 62
DAP  = 6  
PKR  = 1
PAS  = 0
SNAP = 1
BEBAS = 1


PILIHANRAYA SARAWAK 2011:

BN    = 55
DAP  = 12  (Bertambah hampir sekali ganda)
PKR  = 3
PAS  = 0
SNAP = 0
PCM = 0
BEBAS = 1

Aku bukan nak cite pasai politik, tapi bagi aku, sebagai rakyat Malaysia kita kena juga tahu sedikit sebanyak perkembangan politik ini demi masa depan... Nanti jangan sampai orang kata kita seperti katak bawah tempurung.

Syabas kepada parti yang menang... tunaikan janji yang dibuat kepada rakyat. BN sebagai parti yang menang perlu membuat kajian atau berfikir sejenak sejauh mana kemenangan majoriti 2/3, mampukah  BN memastikan PRU ke-13 dapat mempertahankan kerusi Parlimen di kawasan majoriti pengundi Cina. Ia berdasarkan kekalahan pada pilihanraya DUN kali ini yang rata-ratanya pengundi Cina berpihak kepada DAP dan memberi kemenangan sekali ganda kepada DAP. Apa semuanya ini, sudah pastinya DAP ketawa besar bila 15 kerusi dipertandingkan dan mereka menang 12 kerusi... ini sudah berbaloi.

Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN. BN perlu berhati-hati, jika tidak PRU ke-13 tidak mustahil 7 @ 8 kerusi Parlimen akan hilang..Kita harapkan kepimpinan baru yang akan dibentuk oleh KM Sarawak harus memikirkan sesuatu. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. aku percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.

Kaji juga segala aspek...
  1. Strategi berkempen
  2. Pemilihan Calon
  3. Tranformasi menyeluruh
  4. Strategi Manifesto
Apa2pun ini cuma pandangan aku jee..

"PANDANGAN TAK SEMESTINYA BETUL, TETAPI BOLEH DIFIKIR-FIKIRKAN"

Saturday 16 April 2011

Kayuhan KIV - Hujan lebat

Curahan air hujan di atap rumah Ku

Segar pokok2 di halaman rumah Ku

Curahan hujan di hujung bumbung depan rumah Ku

Basah jalan di depan rumah Ku

Hari ni 16 April 2011, bersamaan hari membuang undi PR Umum Sarawak ... menjadi kenangan kepada Ku yang saban hujung minggu akan membuat kayuhan... Ini rahmat ilahi, bila dah bersiap ..tut tut..hujan turun dengan lebatnye...akhirnya KIV keputusan aku untuk membuat kayuhan...

Hujan yang turun ini adalah rahmat yang diberikan allah swt kepada mahkluknya yang memohon bila cuaca terlalu panas... kita sebagai hambanya kena terima hakikat ini... Mungkin semua ini ada rahmat disebaliknya.

Allah swt yang mengetahuinya...

"KITA HANYA MERANCANG, PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIKNYA"

Sushi King - Oh ..Sedapnye

Hidangan yang di minta...ada lagi ..
"Ika Maruyaki, Chawanmushi, Vica...."

"Mico Shiru" RM3.00,Suaplah, maman dah ready niii..

Garlic Rice goreng...sedap kata kau...RM4.00

Ini menu aku suka "Soft Shell Crabs" RM15.90

Wow!! sedapnye

Yang sotong ada bijan aku memang suka..

Green Beans...lazatnye

Maman ..sedap tak...(Anak bongsu akulah)

Deretan pilihan makanan...

Semalam aku bersama keluargaku pergi ke Restoran Sushi King di Ampang....bagi menyambut ulang tahun anakku Syed Umar yang ke-13..... mungkin jauh perjalanannye dari BTP, tetapi itu permintaannye dan makanan kegemaran.... aku penuhi..kehendaknye...

Hairan juga aku, banyak sungguh kenderaan, keluar je Tol Jln Duta menghala ke Jln Kuching, tak bergerak kenderaan, sebabnya aku tak tahu, biasanya masuk ke KL waktu begini jarang sesak....selalunya menghala balik... aku terpaksa lalu ke jalan pintas..

Itu satu bab, bila sampai je ke Ampang di Sushi King, dekat Ampang Point... susah pulak nak cari Parking... berpusing-pusing 2,3 kali....last pilihan aku...aku parking kat lorong belakang jee. Masuk saje Restoran Sushi King... nasib keluarga aku baik, betol-betol ngam satu meja cukup aku berempat...alhamdulillah...dapat juga hajat anak aku,..ditunaikan..

Apa lagi ....lihat gambar atas sedap dan berselera kami makan....,

Bila balik biasanya dari Ampang point..mudah je, ikut DUKE dan terus ke Tol DUTA...tapi jam dah pukul 10.00 mlm jalan masih sesak... Aku terpaksa pusing ke Kg.Pandan dan masuk LR Sg.Besi ke LR Persekutuan ke Mount Kiara terus ke Tol Duta...jauh tuuu...dan akhirnya aku sampai kat rumah Jam 11.30 mlm..

Apa2pun SUSHI KING ..WOW SEDAPNYEEE...

"TAK TRY TAK TAHU, DAH TRY DI MANA KAU BERADA (SUSHI KING) AKU AKAN CARI..."

Thursday 14 April 2011

Cite dari kawanku - macam-macam cara nak tipu Orang (www.myvitrd.com)



Dekat atas tu mesej dari pengirim yang tidak dikenali.. aku dah selalu dengar member aku dapat mesej penipu macam ni.. tup-tup orang tu boleh main tembak mesej dekat broadband aku.... memang kantoilah..

Nasib baik aku tak terima dekat handphone aku.. kalau aku dapat memang sah-sah penipu.. sebab bapa aku tak pakai handphone dekat kg. hahaha

Nota Pesasan : Kepada yang dapat mesej ni korang jangan sesekali percaya.. sebab ramai yang terkena tipu.. ni salah satu tektik orang nak curi duit korang..

"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK JUA.."

Al-Kisahnya hidup di Bandar

Kalau kekawan baca dalam Utusan Malaysia ruangan KOTA, aku tertarik dengan topik "7 buah motosikal naik lif di sita". Apa kata anda semua, adakah ia berbaloi atau sekadar rektorik semata-mata, Kalau ....

"Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk."

Perkara ini mungkin belaku kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pangsapuri2 tinggi yang mempunyai lif bagi mengangkut kenderaan seperti motorsikal.

Tindakan penghuni rumah berhubung perkara ini yang disiarkan UM, berlaku di dalam kawasan DBKL mengundang padah kepada penghuni jika ingin menyelesaikan masalah ini. “Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155,”

Tindakan ini perlu dilihat kepada 2 sudut, pertama kesan kepada tindakan itu sendiri, dan keduanya apakah faktor keselamatan telah dinilai oleh pihak berwajib apabila membangunkan pangsapuri seperti ini. Kita dapat lihat kebanyakan perkara ini berlaku di kediaman kos rendah dan sederhana. Bagi kediaman mewah perkara ini tidak berlaku kerana faktor keselamatan yang terjamin.

Apa2pun kita perlu fikir...?
  1. Bagaimana dengan Basikal ...
  2. Jika berlaku kehilangan Motorsikal setelah faktor keselamatan diambil kira, apakah peranan pihak berkuasa tempatan
  3. Sikap dan tanggungjawab penghuni
  4. Peranan Jawatankuasa Penduduk
Penghuni2 yang berkaitan masalah ini, kena terima hakikat.. perlu ubah sikap ....mencari satu pendekatan yang lebih selesa ...penghuni tak rugi ....mereka (pihak penguasa) senang dalam menjalankan tugas.

"BERAT SAMA DIJINJING DAN RINGAN SAMA DIPIKUL... TAK DA MASALAH YANG TAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BERBICANG"

Happy Birthday Syed Umar .... anakku sayang




Hari ini, Birthday anakku Syed Umar yang ke-13 tahun... dah besar rupanya anak aku ni... Aku hanya mempunyai anak 3 orang je... 2 dari 3 anakku itu lahir pada bulan April... Syed Uthman pada 2 April yang lepas..

Bila buat majlis ....jimat sikit kos...sekaligus sahaja. Apa2pun aku doakan semoga anakku umurnya diberkati, dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat... jadilah orang yang ta'at kepada perintah allah swt, Rasulnya dan kedua Ibubapa.. dan hormat orang yang lebih tua... AMIN...insyallah.

Semua Ibubapa inginkan sesuatu yang baik untuk anaknya...tapi kita juga perlu menjadi contoh kepada anak kita... Jika kita inginkan anak kita ta'at kepada Allah swt kita juga perlu berbuat sedemikian ... Kalau kita mahu ia sembahyang.... kita perlu juga sembahyang... Semoga allah berkati kita semua...

"IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI KEPADA ANAK, TAPI KITA YANG PERLU MEWARISKANYA KEPADA ANAK KITA"

Buah hatiku....






Inilah satu-satu buah hatiku yang menjadi kegemaran di masa lapang... aku belinya pada tahun 2005 dengan seorang remaja cina... ketika itu aku sedang membaikpulih motorcross di sebuah kedai di Rawang.

Kehadiran Remaja Cina dengan motor Honda 70 ke kedai itu.. membuatkan hati ku minat dengan motornya, lalu aku bertanya ...lu nak jual ke motor ni... , U mau kee.. aku jawab jika harga cantik Ok jee. Akhirnya di bersetuju menjualnya dengan harga RM..... dan menunjukkan salinan gerannya sekali..

Aku seronok dapat motor ini, banyak dah aku repair dan ubahsuai... supaya nampak lebih klasik...Motor ni dah lama aku tak bawa...hanya tersimpan di dalam rumah jeee... hampir 4 tahun jugak..

Aku buat keputusan untuk repair dan bersihkan dia kembali...syok bila aku menunggangnya... kini buah hatiku lebih terserelah dan menawan...mungkin aku akan colornye dengan color yang lebih menarik kembali.

Hujung2 minggu aku bersama buah hatiku akan ronda2 di BTP.... melawat kawasan...


"YANG BURUK JIKA DI SOLEK PUN JADI CANTIK YEE....."

Wednesday 13 April 2011

Habitat Burung Hijrah --- Sambungan paparannya



 






Aku paparkan gambar2 ini sebagai renungan kepada anda yang cintakan kehidupan Burung2 Hijrah ini.. Ia adalah sambungan cite yang aku tuliskan pada 9 April 2011 yang lepas..

Semoga ia dapat memberi satu gambaran betapa rakusnya manusia dan tidak telusnya pihak berkuasa dalam memastikan kehidupan Burung2 Hijrah ini terselamat. Mereka yang bertanggungjawab kena faham ... kawasan Burung Hijrah ini menjadi satu kawasan pelancongan bagi mereka, pengemar burung2 ini dalam dan luar negara..

"TOLONG PELIHARA  KHAZANAH INI, ALAM KEHIJAUAN SEMULAJADI"